suria

Banyak tawaran tapi tiada respons, 2026 mungkin tahun akhir Irsyadi Noor bergelar pelakon... Rancang buka bisnes burger

Irsyadi beri bayangan 2026 adalah tahun terakhir dia bergelar pelakon jika masih tiada tawaran lakonan.

PELAKON Irsyadi Noor mengakui sudah berusaha keras dengan melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan tawaran lakonan, namun semuanya seakan-akan tidak berhasil. 

Terbaharu, Irsyadi, 34, memberitahu dia menerima banyak tawaran kerja sejak kebelakangan ini, tetapi akhirnya tiada sebarang maklum balas daripada pihak produksi. 

Bagaimanapun, pelakon itu tetap tenang dan menganggap projek tersebut bukan rezeki buat dirinya.

Perkongsian Irsyadi di Threads miliknya.

“Banyak juga yang DM nak bagi kerja, tetapi kemudian senyap. Saya anggap itu bukan rezeki saya,” katanya.

Irsyadi berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Threads miliknya pada Sabtu.

Tenang menghadapi dugaan tersebut, Irsyadi turut berkongsi bahawa tahun ini mungkin menjadi tahun terakhir dirinya aktif sebagai pelakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri orang selamba hantar mesej nakal, Irsyadi Noor terkejut terima gangguan selepas babak mesra bersama Ellie Suriaty

ARTIKEL BERKAITAN: “Berlakon jadi jenazah sesuailah”– Irsyadi Noor letih terima komen ‘face shaming’, masih tunggu tawaran kerja

Jelasnya, jika kerjaya lakonan tidak berjaya seperti yang diharapkan, dia bercadang untuk menceburi bidang perniagaan dengan membuka gerai burger selepas ini.

“Sekarang ni kita kena relaks, sebab ini tahun akhir. Kalau tak berjaya juga, saya bercadang nak buka perniagaan burger selepas ini,” ujarnya.

Walaupun berdepan persaingan sengit dengan lambakan pelakon baharu, Irsyadi tetap positif dan bersedia membuka lembaran baru dalam bidang perniagaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain