BERDEPAN dengan kritikan di media sosial, pelakon Irsyadi Noor memberitahu dia kerap menerima komen mengenai wajahnya yang dikatakan tidak layak berada dalam industri seni.
Bukan itu sahaja, kata Irsyadi, 33, dia juga pernah melalui situasi apabila tawaran kerja dibatalkan pada saat akhir oleh sebuah syarikat produksi.
Meskipun mengambil sikap terbuka, pengalaman sebegitu sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya.

Komen yang diterima Irsyadi di laman Threads miliknya.
“Kalau tengok video lakonan yang dimuat naik di media sosial, mesti ada komen tentang muka saya yang dikatakan tak boleh pergi jauh. Sebab itu saya rasa susah nak buktikan bakat.
“Sehingga saya terfikir, ‘teruk sangatkah muka ini?’. Tawaran kerja saya pernah dibatalkan pada saat akhir walaupun baju dan persiapan sudah dibuat. Menurut produksi, pihak klien beritahu muka saya tak boleh jual,” katanya kepada mStar.
Sebelum itu, Irsyadi turut berkongsi luahan yang sama di laman Threads miliknya sehingga ada yang mengatakan dia hanya layak berlakon sebagai patung atau watak jenazah.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri orang selamba hantar mesej nakal, Irsyadi Noor terkejut terima gangguan selepas babak mesra bersama Ellie Suriaty
ARTIKEL BERKAITAN: Angan-angan jadi kenyataan, Didie Shazry teruja dapat peluang ‘tour’ konsert di Indonesia
Dalam satu hantaran berbeza, dia turut memuat naik portfolio peribadi bagi meminta peluang kerja kerana masih belum menerima sebarang tawaran untuk tahun hadapan.
Pelakon ini juga yakin untuk terus membuktikan bakatnya dalam dunia lakonan biarpun ramai yang mempertikaikannya.
“Buat masa sekarang memang tiada tawaran lagi.
Sebab itu saya rasa susah nak buktikan bakat
IRSYADI NOOR
PELAKON
“Saya aktif pergi uji bakat. Saya yakin dengan bakat ini dan akan ada watak yang sesuai. Sebab itu saya tidak pernah putus asa,” ujarnya.
Irsyadi pada masa sama telah melakukan pelbagai usaha untuk membolehkannya diterima baik dalam kalangan penonton dan pihak produksi.

Irsyadi yakin ada peluang terbaik untuknya dalam industri seni.
Baginya, doa kedua-dua ibu bapa adalah yang terbaik agar dia terus diberi peluang sebagai seorang pelakon.
“Orang suruh kurus, saya dah buat. Disuruh gemuk pun dah. Sekarang usaha dan tawakal sahaja,” luahnya.
Kali terakhir Irsyadi menjalani penggambaran adalah sekitar September lalu menerusi drama berjudul Ibu Aji yang ditayangkan di platform Karya Reels.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


