PELAKON Sweet Qismina meluahkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang mudah bercakap perkara tidak elok mengenai suaminya, Adam Lee selepas mengalami penurunan berat badan.
Menegaskan Adam berada dalam keadaan sihat, Sweet atau Farhanna Qismina Supandi, 26, memberitahu suaminya sebelum ini menurunkan berat badan kerana menyertai kejohanan Muay Thai.
Dalam masa sama, dia bersimpati dengan Adam kerana menerima komen yang tidak sepatutnya.

Sweet melihat sendiri kesungguhan Adam menyertai kejohanan Muay Thai.
“Dia sihat. Kesian tengok dia bersedia daripada segi mental dan fizikal. Kalian suka-suka buat fitnah.
“Sakit hati dengan orang yang mengata suami saya bukan-bukan. Kalau tak tahu kenapa dia kurus, tolonglah selidik,” katanya.
Sweet menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Threads miliknya pada malam Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh ambil ‘barang’ sebab kurus, Adam Lee kesal perubahan fizikal jadi bualan
ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tahun pujuk, Sweet Qismina akhirnya beri ‘green light’… Sokong minat Adam Lee sertai pertandingan Muay Thai
Sebelum itu, dia turut dilihat menemani Adam bagi acara sidang media dan sesi weight-in untuk kejohanan Fury Redemption yang berlangsung pada Ahad.
Tambah Sweet, suaminya itu perlu menurunkan berat badan bagi menyertai kategori Lightweight Muay Thai untuk kejohanan tersebut.
“Suami saya turun berat badan daripada 83 kilogram ke 73 kilogram sebab nak berlawan.

Adam turut meluahkan rasa kecewa apabila ada yang mempertikaikan perubahan fizikalnya.
“Kurus cengkung itu adalah hasil penurunan berat badan daripada berat asal yang sepatutnya,” ujar pelakon itu.
Adam sebelum ini turut meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang menuduhnya mengambil bahan terlarang susulan perubahan fizikal dirinya.
Menjelaskan perkara sebenar, dia juga meminta orang ramai supaya mengikuti perjalanan kejohanan tersebut sebelum mudah melemparkan fitnah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


