suria

Dituduh ambil ‘barang’ sebab kurus, Adam Lee kesal perubahan fizikal jadi bualan

Adam perjelaskan sebab dia menurunkan berat badan.

PELAKON Adam Lee meluahkan rasa kesal apabila perubahan fizikalnya menjadi perbualan dan andaian yang tidak benar sesetengah pihak.

Adam atau Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee, 31, berkata mereka yang gemar memberi komen negatif tidak mengikuti perjalanan seninya.

“Bila badan besar, orang cakap chubby. Bila kurus pula, kata saya sakit, ambil barang terlarang dan macam-macam lagi.

Perkongsian Adam di Threads. 

“Sedangkan mereka tak ikut pun perjalanan hidup saya,” luahnya di Threads.

Menjelaskan hal sebenar, kata Adam, dia bakal menyertai kejohanan Muay Thai dan beraksi dalam kategori berat badan 73 kilogram (kg).

Tambahnya lagi, berat badan tersebut adalah sebahagian daripada persediaan pertandingan dan bukan sesuatu yang berlaku tanpa sebab.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar persaingan semakin sengit, Adam Lee dengar nasihat isteri jaga kualiti kerja 

ARTIKEL BERKAITAN: Sweet Qismina ‘nervous’ menang anugerah, Adam Lee dah jangka isteri tak sebut nama atas pentas bakal jadi isu

Dia, dalam masa sama, tetap menghargai mereka yang sentiasa memberi sokongan termasuk dalam perjalanan kerjayanya.

“Saya memang fight Fury Muay Thai 28 Disember ini, main kategori 73kg. Lepas fight nanti, saya akan naikkan semula berat badan ke 77kg.

“Apa-apa pun, saya ucapkan terima kasih kepada yang support saya tak kira saiz badan saya kurus, keding atau chubby. Saya sangat hargai korang,” jelasnya.

Sebelum ini, penampilan Adam ketika berada di Anugerah Bintang Popular BH ke-37 (ABPBH37) meraih perhatian sekali gus mengundang reaksi ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain