suria

Syamel sudah siap pesan makanan di restoran, terpaksa bungkus bawa pulang raikan bersama Bintang Paling Popular

Syamel pun tidak menyangka Ernie akan menang besar di malam kemuncak ABPBH37.

BERKONGSI kegembiraan isterinya menang di Anugerah Bintang Popular BH ke-37 (ABPBH37), penyanyi Syamel memberitahu dia sudah siap memesan makanan untuk meraikan bersama Ernie Zakri di sebuah restoran.

Namun, belum sempat mereka berjumpa di lokasi yang dijanjikan, Ernie terpaksa berpatah balik ke Premiera Hotel, Kuala Lumpur, untuk menerima anugerah  Bintang Paling Popular ABPBH37 pada malam Jumaat.

Syamel atau Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 32, dalam masa sama meluahkan rasa teruja apabila isterinya itu menang besar di acara berkenaan.

Syamel berkongsi video ketika dia berada di sebuah restoran. 

“Saya sebenarnya sudah menunggu Ernie untuk datang ke tempat yang kami janjikan bagi meraikan anugerah pertama yang dia menang.

“Dah pesan semua… banyak saya pesan untuk enam hingga tujuh orang makan. Tiba-tiba dapat panggilan dia menang anugerah utama. Menjerit juga di kedai ini,” katanya.

Syamel berkongsi perkara itu dalam satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri Bintang Paling Popular ABPBH 37 dengan 124 juta undian, bawa pulang RM30,000… “Saya dah balik dulu tadi” 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Blaus merah jingga, tudung lilit dan sandal, Ernie Zakri 'meraung' sebaik diumum Bintang Paling Popular

Dia juga kelihatan masih berada di restoran berkenaan sebelum pulang ke rumah bagi meraikan kemenangan Ernie.

Malah, dalam nada berseloroh, dia memberitahu bakal menikmati juadah itu bersama Bintang Paling Popular.

“Saya akan bungkus makanan ini dan balik ke rumah. Di rumah, saya bukan bersama orang biasa. Saya bersama Bintang Paling Popular.

Ernie menang Bintang Paling Popular. 

“Jom balik dan makan bersama Bintang Paling Popular,” ujarnya.

Sementara itu, Ernie terpaksa naik ke atas pentas untuk menerima anugerah kategori utama ABPBH37 dalam keadaan tidak bersedia.

Menurutnya, dia sudah pulang awal kerana tidak menyangka akan diumumkan sebagai Bintang Paling Popular pada malam berkenaan.

Ernie turut membawa pulang trofi serta wang tunai RM30,000, selain memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain