suria

Blaus merah jingga, tudung lilit dan sandal, Ernie Zakri 'meraung' sebaik diumum Bintang Paling Popular

Blaus merah jingga, tudung lilit dan sandal jadi saksi detik mengejutkan Ernie Zakri.

TIDAK menyangka namanya diumumkan sebagai pemenang, penyanyi terkenal, Ernie Zakri terpaksa bergegas kembali ke pentas Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-37 untuk menerima trofi Bintang Paling Popular dalam keadaan serba tidak bersedia, malam tadi.

Ernie yang terkenal menerusi lagu Masing-Masing melangkah ke pentas hanya mengenakan blaus rona merah jingga, dipadankan dengan tudung lilit serta sandal.

Kata Ernie, selepas dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular dia merancang untuk terus pulang dan meraikan kemenangan bersama suami, Syamel, serta anak mereka, Nur Khawla Soleha, di sebuah restoran.

Ernie gagal menahan air mata sebaik diumumkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH37. 

“Saya sudah sampai di hotel dan menukar pakaian untuk makan bersama suami dan anak. Kemudian, pihak produksi menghubungi saya untuk datang semula ke acara.

“Ketika itu saya masih dalam kereta dan tersangkut lama di lampu isyarat. Jadi, saya ambil keputusan untuk berlari ke lokasi acara. Bila sampai, saya tidak sangka dapat menang anugerah ini,” kata Ernie pada sidang media ABPBH 37.

Sebelum itu, ketika menerima trofi, Ernie dilihat sedikit tercungap-cungap dan tergesa-gesa sehingga terpaksa dipapah oleh dua hos, Raja Azura dan Shiha Zikir.

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri Bintang Paling Popular ABPBH 37 dengan 124 juta undian, bawa pulang RM30,000… “Saya dah balik dulu tadi”

ARTIKEL BERKAITAN: Umairah cipta sejarah, pecahkan rekod Siti Nurhaliza… Diumum pemenang termuda ABPBH pada usia 14 tahun

Malah Ernie juga gagal menahan air mata kesyukuran dengan kejayaan luar biasa yang diraihnya pada acara berprestij itu. 

Dengan sokongan padu sebanyak 124,448,198 undian, Ernie berjaya merangkul gelaran Bintang Paling Popular ABPBH 37 hasil pilihan peminat.

Ernie menerima hadiah wang tunai RM30,000 selepas diumumkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH37.

Dalam kategori berprestij itu, Ernie menewaskan empat finalis lain iaitu Sweet Qismina, Emma Maembong, Wani Kayrie dan Tracie Sinidol.

Sebagai pemenang, Ernie turut menerima trofi pewter berbentuk skor muzik dengan ukiran lengkuk motif ‘reel’ filem seberat satu kilogram yang dihasilkan oleh Tumasek Pewter, selain wang tunai RM30,000.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain