MALAM kemuncak Anugerah Bintang Popular BH Ke-37 (ABPBH 37) berlangsung meriah apabila penyanyi Ernie Zakri diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, pada acara yang diadakan di Premiera Hotel, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.Ernie meraih kemenangan besar dengan jumlah undian mencecah 124 juta, sekali gus menobatkannya sebagai selebriti paling berpengaruh pilihan peminat bagi edisi tahun ini. Tidak menyangka akan mencipta sejarah sedemikian, Ernie sebak sehingga menitis air mata dan menyifatkan kejayaan itu sebagai hadiah paling bermakna sepanjang perjalanan karier seninya.Ernie meluahkan rasa terharu dengan sokongan peminat. “Saya dah balik dulu tadi sebab tak pernah terdetik akan menang kategori ini. Terima kasih kerana sudi mengundi saya. Jauh sekali saya terfikir untuk memenangi anugerah ini. “Terima kasih, saya hargai setiap sokongan anda. Doakan saya dapat buat lebih baik pada masa hadapan,” katanya ketika menerima trofi berprestij itu.Selain gelaran utama, Ernie turut membawa pulang trofi, jambangan bunga dan wang tunai RM30,000.ARTIKEL BERKAITAN: Umairah cipta sejarah, pecahkan rekod Siti Nurhaliza… Diumum pemenang termuda ABPBH pada usia 14 tahun ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri impi konsert solo di Axiata ArenaPada malam penuh gemilang itu, Ernie turut mengetepikan empat pencabar lain iaitu Emma Maembong, Sweet Qismina, Tracie Sinidol dan Wani Kayrie bagi merebut gelaran utama tersebut.Tidak terhenti di situ, Ernie turut menambah satu lagi kemenangan pada malam sama apabila diumumkan sebagai Penyanyi Wanita Popular.Pasangan suami isteri Sweet dan Adam juga tidak pulang dengan tangan kosong. Sementara itu, kumpulan legenda Alleycats diberi penghormatan menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat atas sumbangan besar mereka dalam pembangunan industri hiburan tanah air.ABPBH 37 turut diwarnai detik mengejutkan apabila selebriti, Haiza, diumumkan sebagai Penyampai Radio Popular selepas empat kali tersenarai dalam kategori tersebut dengan mengetepikan calon-calon lain.Dalam kategori lakonan, persaingan sengit menyaksikan Fattah Amin dinobatkan sebagai Aktor Filem Popular, manakala Sweet Qismina meraih trofi Aktres Filem Popular.Zahiril dan Emma menang kategori Aktor TV Popular. Kategori pembantu turut mencuri perhatian apabila Heliza Helmi diumumkan sebagai Aktres Pembantu Filem Popular, manakala Adam Lee meraih trofi Aktor Pembantu Filem Popular.Selain itu, KRU turut mencipta momen tersendiri apabila diumumkan sebagai Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, sekali gus menandakan kemenangan pertama mereka dalam kategori itu selepas lebih dua dekad tidak menggenggam trofi berkenaan.Persembahan daripada barisan artis seperti Tajul, Afieq Shazwan, Haqiem Rusli, Amira Othman, Irfan Haris, Aisha Retno, Mimi Fly, Wani Kayrie, Akim Ahmad, Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini yang menghidupkan suasana dan menambah warna pada malam anugerah itu.Fattah bawa pulang trofi Aktor Filem Popular. Acara berprestij itu dihoskan oleh Shiha Zikir dan Raja Azura.SENARAI PENUH PEMENANG ABPBH 37Kategori Utama • Artis Baharu Lelaki Popular – Jazmy Juma • Artis Baharu Wanita Popular – Umairah • Penyanyi Lelaki Popular – Hael Husaini • Penyanyi Wanita Popular – Ernie Zakri • Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular – KRU • Aktor Filem Popular – Fattah Amin • Aktres Filem Popular – Sweet Qismina • Aktor Pembantu Filem Popular – Adam Lee • Aktres Pembantu Filem Popular – Heliza Helmi • Aktor TV Popular – Zahiril Adzim • Aktres TV Popular – Emma Maembong • Aktor Pembantu TV Popular – Nazim Othman • Aktres Pembantu TV Popular – Raja Azura • Penyampai Radio Popular – Haiza • Pengacara TV Popular – Fiza Sabjahan • Artis Komedi Popular – Joey DaudKategori Ekstra Tonton Paling Popular • Gandingan Serasi Drama Popular – Shukri Yahaya & Anna Jobling • Gandingan Serasi Filem Popular – Iedil Putra & Emma Maembong • Lagu Paling Boom Popular – Amir Masdi (Nurcinta) • Artis Kontroversi Popular – Fattah Amin • Seller Terpaling Popular – Datuk Seri Aliff Syukri & Ammar AhyanKategori Utama Malam • Bintang Paling Popular ABPBH 37 – Ernie Zakri • Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – AlleycatsJadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!