PELAKON Erra Fazira membuat perkongsian semula foto dimuat naik sahabat baiknya, Datin Seri Umie Aida yang menyampaikan ucapan serta doa sempena majlis pernikahannya hari ini.Perkongsian itu secara tidak langsung memperlihatkan hubungan persahabatan mereka kekal erat, sekali gus membuktikan segala sengketa yang dikatakan pernah wujud sudah berakhir. Erra turut mengaminkan doa yang dititipkan Umie dan mengakui ucapan berkenaan memberi makna mendalam buat dirinya.Erra hargai ucapan perkahwinan daripada Umie buatnya.“Doa yang begitu bermakna buatku. Doa yang sama ku titipkan buatmu jua. Terima kasih,” tulisnya ringkas.Terdahulu Umie memilih untuk mengenepikan segala sengketa apabila tampil mengucapkan tahniah atas pernikahan Erra yang selamat mendirikan rumah tangga dengan Ezwan Zain pada pagi Jumaat.Menerusi satu hantaran ringkas di InstaStory, Umie menitipkan doa penuh makna bersempena hari Jumaat yang disifatkannya sebagai hari penuh keberkatan.ARTIKEL BERKAITAN: Tolak tepi sengketa, Umie Aida ucap tahniah buat Erra FaziraARTIKEL BERKAITAN: [V] Beruntungnya jadi Erra Fazira, 95 peratus majlis nikah suami rancang… “Bergerak ikut kemampuan dan tidak berlebih-lebih”Pada 2019 Umie tampil membuat pendedahan dikhianati sahabat baik sendiri sehingga Erra mengakui telah melakukan kesilapan dan melukai sahabatnya itu buat kali ketiga serta memohon maaf.Dalam satu pendedahan di media sosial, Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, berkata dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana individu namun beranggapan dirinya mempunyai hak untuk meluahkan rasa kecewa.Biarpun Umie tidak menyebut nama namun rata-rata netizen di laman sosial membuat andaian luahan tersebut ditujukan kepada Erra yang pernah menjadi rakan baiknya sebelum ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!