suria

Tolak tepi sengketa, Umie Aida ucap tahniah buat Erra Fazira

Umie tidak lupa beri ucapan buat Erra.

PELAKON Datin Seri Umie Aida memilih untuk mengenepikan segala sengketa apabila tampil mengucapkan tahniah atas pernikahan sahabatnya, Erra Fazira yang selamat mendirikan rumah tangga dengan Ezwan Zain pada pagi Jumaat.

Menerusi satu hantaran ringkas di InstaStory, Umie menitipkan doa penuh makna bersempena hari Jumaat yang disifatkannya sebagai hari penuh keberkatan.

“Selamat pengantin baru Erra Fazira. Berkah hari Jumaat yang penuh barokah, doa buatmu, rumah tangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah,” tulisnya.

Perkongsian Umie di Instagram. 

Ucapan itu nyata memberi isyarat jelas bahawa pelakon filem Dukun itu tidak mahu lagi mengheret sebarang cerita lama, sebaliknya memilih pendekatan positif dengan mendoakan kebahagiaan Erra dalam fasa baharu kehidupannya.

Pada 2019 Umie tampil membuat pendedahan dikhianati sahabat baik sendiri sehingga Erra mengakui telah melakukan kesilapan dan melukai sahabatnya itu buat kali ketiga serta memohon maaf.

ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira sah bergelar isteri Mr E, terima mas kahwin ‘sepohon’ emas 

ARTIKEL BERKAITAN: Beruntungnya jadi Erra Fazira, 95 peratus majlis nikah suami rancang… “Bergerak ikut kemampuan dan tidak berlebih-lebih”

Dalam satu pendedahan di media sosial, Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, berkata dia tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana individu namun beranggapan dirinya mempunyai hak untuk meluahkan rasa kecewa.

Biarpun Umie tidak menyebut nama namun rata-rata netizen di laman sosial membuat andaian luahan tersebut ditujukan kepada Erra yang pernah menjadi rakan baiknya sebelum ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain