suria

[V] Panggilan ‘sayang’ buat suami, Erra Fazira fikir panjang sebelum kahwin... Bukan lagi cari drama dalam hidup

KEMBALI mendirikan rumah tangga, pelakon dan penyanyi Erra Fazira memberitahu keputusan untuk menerima orang baharu dalam hidupnya bukan mudah memandangkan sudah sekian lama bergelar ibu tunggal.

Namun begitu, Erra atau Fazira Wan Chek, 51, berkata dia sentiasa percaya perkahwinan ketiganya itu adalah satu takdir yang terbaik ditetapkan Yang Maha Kuasa.

"Jujurnya saya pun bertanya banyak kali adakah saya bersedia untuk kahwin. Sebelum terima lamaran, banyak juga saya berfikir dan bertanya kepada ramai orang. Beberapa minit sebelum nikah pun saya bertanya 'adakah benar nak kahwin?'.

Erra kini bahagia menjadi isteri Ezwan. 

“Tetapi ini adalah aturan Allah. Niat berkahwin kerana Allah dan bukan sekadar mahu ada orang menjaga,” katanya.

Erra sah bergelar isteri kepada usahawan Ezwan Zain dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang berlangsung pada pagi Jumaat.

Erra dan Ezwan yang sebelum ini pernah melalui fasa perceraian mengakui hubungan mereka lebih matang.

ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira sah bergelar isteri Mr E, terima mas kahwin ‘sepohon’ emas 

ARTIKEL BERKAITAN: Beruntungnya jadi Erra Fazira, 95 peratus majlis nikah suami rancang… “Bergerak ikut kemampuan dan tidak berlebih-lebih”

Malah matlamat utama adalah untuk membesarkan cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu selain membina keluarga yang lebih harmoni.

“Kami bukan lagi nak cari drama dalam hidup. Dalam usia sekarang mungkin merajuk itu manis, tetapi tidak perlu lama-lama. Kami mahu hidup dengan harmoni.

“Saya sentiasa pegang kepada kata-kata Ezwan untuk jadi 'sedaging'. Ia bermakna segalanya perlu sepakat, saling setuju dan faham,” ujarnya.

Saya sentiasa pegang kepada kata-kata Ezwan untuk jadi 'sedaging'

ERRA FAZIRA 

PELAKON/PENYANYI

Ketika bertemu media selepas majlis pernikahan, Erra juga sempat memberitahu dia memanggil Ezwan dengan panggilan 'sayang'.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Erra.

Sebelum ini Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 namun mereka sah berpisah pada 18 Februari 2014.

Ezwan jadi pilihan hati Erra. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.

Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun bercerai pada 2006.

Sementara itu, Ezwan atau Mohamad Ezwan Mohamad Zain, 44, dikurniakan seorang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu yang juga kini berusia 16 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain