suria

“Uncle Ezwan seorang yang soft spoken, tapi ibu saya sangat tomboyish” - Engku Aleesya

Aleesya tumpang bahagia ibu kembali berumah tangga.

BERKONGSI kegembiraan, anak kepada pelakon Erra Fazira iaitu Engku Aleesya menganggap ibunya itu membuat pilihan tepat untuk kembali berumah tangga. 

Aleeysa, 16, berkata, bapa tirinya, Ezwan Zain merupakan seorang individu yang bersopan-santun dan berbeza dengan dengan perwatakan ibunya. 

"Uncle Ezwan seorang yang soft spoken, tapi ibu saya sangat tomboyish. Jadi mereka duo yang sempurna," katanya dalam satu temu bual. 

Aleesya bersama anak gadis Ezwan (kiri) di hari bahagia ibu bapa mereka. 

Aleesya turut hadir meraikan hari pernikahan Erra dan Ezwan yang berlangsung pada pagi Jumaat. 

Lebih istimewa, Aleesya turut menemani ibunya ke pelaminan sebelum majlis pernikahan bermula. 

Manis mengenakan busana berwana putih, Aleesya juga mengikut tema seperti tetamu lain. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Panggilan ‘sayang’ buat suami, Erra Fazira fikir panjang sebelum kahwin... Bukan lagi cari drama dalam hidup 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Erra Fazira sah bergelar isteri Mr E, terima mas kahwin ‘sepohon’ emas

Dalam masa sama anak gadis itu turut mengucapkan kebahagian buat pasangan mempelai itu. 

"Harap mereka akan bahagia bersama. Mereka layak mendapatkannya," ujarnya. 

Aleesya merupakan anak tunggal Erra hasil perkahwian bersama usahawan Engku Emran.

Erra dan Ezwan kini sah bergelar suami isteri. 

Mereka mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 namun sah berpisah pada 18 Februari 2014.  

Erra juga pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun bercerai pada 2006.

Sementara itu Ezwan atau Mohamad Ezwan Mohamad Zain, 44, mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu yang juga kini berusia 16 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain