USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Vida bukan sahaja terkenal dengan kejayaan dalam perniagaan, malah menekankan kepentingan amalan rohani dan sedekah dalam kehidupan seharian.
Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 54, melabur ‘saham akhirat’ melalui amal jariah dan wakaf di masjid-masjid menjadi salah satu amalan penting yang menyokong perjalanan hidupnya.
Malah, Vida mendedahkan pernah membayar wakaf sehingga RM8 juta di beberapa masjid sekitar tahun 2013 hingga 2017.

Vida turut pentingkan saham akhirat buat dirinya.
“Saya banyak melabur saham akhirat di pelbagai masjid. Dulu saya beri lebih kurang RM8 juta untuk wakaf antara tahun 2013 hingga 2017,” katanya kepada mStar.
Tambah Vida, amalan sedekah bukan sahaja memberi kepuasan hati tetapi juga membuka ruang keberkatan dalam kehidupan.
“Sedekah ini buat hidup saya lebih berkat. Sekarang pun ada juga buat wakaf, tapi di Thailand,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Vida ‘terpukul’ baca luahan hati Cik B, tetap terima imej tomboi seadanya
ARTIKEL BERKAITAN: Gagal capai persetujuan bayaran hutang lebih RM1 juta punca lelongan harta Vida diteruskan
Selain itu, Vida menekankan tiga amalan utama yang membantunya menghadapi cabaran dan rintangan dalam hidup iaitu membaca al-Quran, amal jariah yang ikhlas, serta doa daripada anak-anak.
“Anak-anak selalu mendoakan saya. Daripada situ, saya berjaya melepasi pelbagai halangan dan rintangan dalam hidup,” katanya.
Usahawan itu turut menyeru masyarakat supaya tidak hanya mengejar kejayaan duniawi, tetapi menitikberatkan amal dan doa sebagai asas kejayaan yang sebenar.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


