suria

[V] Vida ‘terpukul’ baca luahan hati Cik B, tetap terima imej tomboi seadanya

USAHAWAN sensasi, Datuk Seri Vida tersentuh membaca luahan hati anaknya, Cik B yang seakan-akan kecewa apabila tidak dapat menjadi anak perempuan seperti diharapkan ibunya.

Kata Vida atau Hasmiza Othman, 54, dia tidak menyangka Cik B bertindak meluahkan isi hatinya di media sosial selepas cemburu melihat kemesraan bersama pempengaruh Kasih Iris Leona.

"Saya nampak perkongsian Cik B selepas ia viral, saya tak sangka dia buat perkongsian sebegitu. Tapi itu sangat menyentuh hati saya.

Antara momen Vida bersama Leona.

"Dia betul-betul merasakan dia tak cantik, sebab selalu cakap pada saya dia tak boleh jadi anak yang mama harapkan.

"Saya tak sangka dia meluahkan di media sosial. Saya dengan Leona pun mula rapat ketika di konsert KRU itu, saya perasan dia tengok saya daripada jauh," katanya kepada mStar.

Menurut Vida, dia percaya anaknya itu sentiasa berharap ingin menjadi anak perempuan sesuai dengan harapannya namun perubahan yang dilakukan Cik B ketika ini sudah cukup memuaskan hati.

Malah dia yakin penampilan anaknya yang dianggap ke arah kelakian itu kerana ingin lebih selesa memandangkan mempunyai bentuk tubuh berisi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Barangan milik Vida termasuk 3 kereta mewah berjaya dilelong dengan harga RM1 juta

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal capai persetujuan bayaran hutang lebih RM1 juta punca lelongan harta Vida diteruskan

"Saya pun selalu tanya dia sayang mama tak, dia cakap dia sayang, jadi dia memang katakan dia berharap dia boleh jadi anak perempuan seperti yang saya mahukan tapi dia tak boleh. 

“Tapi saya lihat, dia banyak berubah sekarang ini, seperti dulu dia tak bersolek dan dulu dia tak pakai pencuci muka, sekarang ini dia pakai dan muka pun bersih. 

"Dia berpenampilan ‘tomboi’ sebab lebih selesa dan memudahkannya yang bertubuh besar," ujarnya.

Saya nampak dia ‘struggle’ jadi anak perempuan yang kelihatan ‘girlish’.

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN

Dalam pada itu, Vida juga menegaskan dia sentiasa menerima diri Cik B seadanya, malah kasih sayang sebagai ibu tidak akan berubah.

“Insya-Allah dalam kehidupan lain, Cik B akan menjadi bidadari yang cantik. Apa pun saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk Cik B. 

“Saya simpan kesedihan saya dan tak nak tunjuk pada dia sebab saya nampak dia ‘struggle’ jadi anak perempuan yang kelihatan ‘girlish’.  

Vida faham usaha anaknya menjadi lebih baik.

"Saya terima Cik B seadanya, saya sayang Cik B, apa-apa pun Cik B anak mama yang hebat,” luahnya.

Sebelum ini, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, meluahkan perasaannya dia tidak dapat menjadi anak perempuan berimej 'girly' seperti diharapkan ibunya kerana memilih untuk menjaga keselamatan Vida pada ketika ini.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu, Vida bersama Leona berpelukan sambil menari bersama ketika hadir sebagai artis undangan pada konsert GenKRU The Finale: One More Time di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada Ahad.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia