suria

Shahronizam hidap kanser tahap dua

Shahronizam kuat berdepan ujian.

PELAKON Shahronizam Noor disahkan menghidap kanser tulang tahap dua.

Isterinya iaitu penyanyi Safura Yaacob memaklumkan perkara tersebut selepas mereka menerima keputusan ujian biopsi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Khamis.

"Assalamualaikum, hari ini kami balik dari hospital dan dah dapatlah biopsi daripada pembedahan itu, Shahronizam disahkan menghidap kanser tahap dua," katanya memetik laporan Harian Metro.

Safura berkongsi perkembangan kesihatan suaminya. 

Tambah Safura, suaminya itu perlu menjalani rawatan radioterapi bermula Disember ini.

"Shahronizam akan mula buat radioterapi pada akhir tahun ini (Disember) sebanyak 33 kali dan selepas itu kita tengok keputusannya macam mana," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh lasak selepas pembedahan, Shahronizam terpaksa tidur mengiring elak sakit... Reda menanti keputusan biopsi 

ARTIKEL BERKAITAN: Ketumbuhan pada tulang belikat makin membesar, Shahronizam jalani pembedahan tumor hari ini

Pada 19 Oktober lalu Shahronizam terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami ketumbuhan pada bahagian tulang belikat atau ligamen skapula.

Safura ketika itu juga memberitahu suaminya reda jika masalah ketumbuhan itu juga membawa kepada penyakit kanser.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain