suria

Ramai ajak keluar malam, Ammar Ahyan tak mudah percaya… Boleh ‘bau’ ikhlas atau tidak

Ammar mengakui dirinya tidak keluar malam.

ANAK sulung kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan, mengakui dia berhati-hati dalam memilih rakan kerana enggan terjerumus dalam pergaulan tidak sihat.

Menurut Ammar, 17, meskipun ramai rakan kolej menunjukkan minat untuk berkawan, dia tetap memilih untuk menjaga batas dan tidak mudah terpengaruh hanya kerana populariti keluarga.

“Kalau di kolej memang ada sahaja yang nak berkawan dengan saya, tapi saya agak selektif. 

Ramai rakan Ammar di kolej ajak keluar malam.

“Kebanyakan daripada mereka ajak saya keluar malam, tapi saya tak berminat,” katanya.

Ammar berkongsi perkara itu pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran tiga adiknya yang diadakan di The Window Restaurant, Royale Chulan The Curve, Damansara, Selangor pada malam Khamis.

Dalam pada itu, kata Ammar, dia juga mampu menilai keikhlasan seseorang berdasarkan cara mereka mendekatinya.

Katanya, rakan yang benar-benar ikhlas adalah mereka yang bersikap biasa dan tidak melayannya secara berlebihan kerana status keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Ahyan mahu jadi pelakon aksi, terinspirasi dengan Sharnaaz Ahmad… Dipaksa menyanyi kerana arahan bapa 

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Ahyan dapat kereta Porsche, senang untuk ke kolej... Aliff Syukri nasihat jangan riyak

“Bila orang tanya boleh tak nak berkawan, kita sendiri boleh ‘bau’ sama ada mereka ikhlas atau tidak. 

“Daripada rupa dan cara mereka layan kita pun sudah boleh nampak kalau ada sebab tertentu.

“Tapi kalau orang yang datang secara ‘random’, layan kita biasa-biasa saja, bagi saya itulah orang yang betul-betul nak berkawan,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain