DEMI menghargai tetamu yang hadir ke majlis resepsinya, penyanyi dan pelakon Erra Fazira mengambil inisiatif sendiri menghasilkan cenderahati khas buat para jemputan.
Erra atau Fazira Wan Chek, 51, berkata, dia mengambil masa kira-kira sebulan lebih untuk menyiapkan 500 bungkusan 'doorgift' yang dibuat sepenuhnya dengan tangan sendiri.
“Semua ini handmade, memang saya buat sendiri. Hampir sebulan lebih juga saya ambil masa untuk siapkan tanda kasih sayang kepada semua tetamu,” katanya kepada mStar.

Erra menunjukkan hadiah untuk tetamu.
Menurut Erra, walaupun mengalami letih sepanjang proses menyiapkan cenderahati tersebut, dia tetap berasa puas hati apabila melihat tetamu tersenyum menerima hasil tangannya.
Dalam pada itu, Erra turut mengakui terharu dengan pelbagai kejutan yang disediakan oleh suaminya, Ezwan Zain, sepanjang majlis berlangsung.
“Memang sakit-sakit pinggang masa buatnya, tapi niat saya ketika itu cuma satu, nak membahagiakan dan menggembirakan semua orang,” luahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Panggilan ‘sayang’ buat suami, Erra Fazira fikir panjang sebelum kahwin... Bukan lagi cari drama dalam hidup
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Erra Fazira sah bergelar isteri Mr E, terima mas kahwin ‘sepohon’ emas
“Saya pun tak sangka ada kejutan koir dan macam-macam lagi. Ia satu kejutan yang sangat manis daripada suami. Saya nampak segala usaha dia nak menterjemahkan cintanya,” katanya.
Tambah Erra, pemilihan lagu-lagu nyanyian rakan artis yang membuat persembahan pada majlis tersebut juga merupakan idea suami.
“Semuanya pilihan suami, itu pun kejutan daripada dia juga. Terima kasih atas segala usaha dia untuk menjadikan hari bersejarah ini lebih bermakna,” katanya.

Erra sah bergelar isteri kepada Ezwan pada Jumaat.
Pasangan ini masih mengekalkan tema klasik bagi meraikan hari bahagia mereka.
Pada pagi Jumaat, Erra dan Ezwan sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor.
Pada majlis itu Erra, menerima mas kahwin ‘sepohon’ bunga emas berjumlah 24 dinar.
Mereka diraikan dalam satu majlis resepsi pada Sabtu di lokasi sama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


