suria

Sekarang masih ‘Uncle Ezwan’, anak Erra Fazira cari panggilan sesuai untuk bapa tiri... Teruja sambut ahli keluarga baharu

Aleesya teruja terima kehadiran keluarga baru.

ANAK kepada penyanyi dan pelakon Erra Fazira iaitu Engku Aleesya lebih selesa memanggil bapa tirinya sebagai 'Uncle Ezwan' selepas selamat disatukan dengan ibunya pada pagi Jumaat. 

Aleesya, 16, bagaimanapun tidak menolak untuk mencari nama panggilan lain yang lebih mengakrabkan hubungan dengan Ezwan Zain. 

“Saya panggil Uncle Ezwan, tapi mungkin bukanlah panggilan kekal. Saya sedang fikir, apa panggilan yang sesuai dan harapnya, ada idea sedikit waktu lagi," katanya kepada mStar.

Aleesya teruja bersama keluarga baharu.

Dia berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis resepsi ibunya dan Ezwan yang berlangsung  Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor pada Sabtu.

Sementara itu bercakap mengenai hubungan bersama anak gadis kepada Ezwan iaitu Dania Sofea, Aleesya meluahkan rasa teruja apabila mempunyai adik-beradik baharu dan sudah mula rapat dengannya.

Tambahnya, dia berharap mempunyai hubungan akrab dengan Sofea sama seperti adik-beradik yang lain.

Saya dah pernah berjumpa Sofea ketika hari jadi mama. Jadi, dapatlah saya kenal-kenal dengan dia. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Erra Fazira siapkan sendiri 500 ‘doorgift’ tetamu, sekali lagi terima kejutan dari suami di majlis resepsi

ARTIKEL BERKAITAN: “Uncle Ezwan seorang yang soft spoken, tapi ibu saya sangat tomboyish” - Engku Aleesya

“Sebab saya dah terbiasa sendiri, jadi agak kekok juga pada awalnya. Tapi, saya tahu Sofea adalah seorang yang baik dan saya suka untuk rapat dengannya. 

“Saya pun gembira sekarang dah ada adik-beradik dan harapnya, hubungan kami akan akrab dan saya dapat rasa pengalaman seperti mana orang lain yang ada adik-beradik,” kongsinya.

Dalam pada itu, Aleesya mendoakan agar perkahwinan ibu bersama Ezwan terus kekal dan bahagia hingga ke Jannah.

“Saya harap, perkahwinan mereka sehingga ke jannah dan kedua-dua mereka bahagia. Insya-Allah, ini yang terakhir dan saya sangat sayangkan mereka,” ujarnya.

Aleesya tumpang gembira untuk ibunya.

Aleesya merupakan anak tunggal Erra hasil perkahwian bersama usahawan Engku Emran.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007 namun sah berpisah pada 18 Februari 2014.  

Sementara itu Ezwan atau Mohamad Ezwan Mohamad Zain, 44, mempunyai seorang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu yang juga kini berusia 16 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain