KASIH dan kesetiaan peminat terhadap Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bukan sekadar kata-kata apabila ada yang sanggup merentas benua semata-mata untuk menyaksikan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza: Passion, Sincere & Love di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.Menerusi beberapa hantaran yang tular di aplikasi TikTok, terdapat peminat tempatan yang kini menetap di Jeddah, Arab Saudi dan Melbourne, Australia sanggup terbang jauh demi berada di konsert bersejarah itu. Menurut seorang peminat dikenali sebagai Mawi Suhimi yang menetap di Melbourne, dia tidak teragak-agak membeli tiket dan pulang ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan konsert idola kesayangannya itu.Antara perkongsian peminat luar negara yang ke Malaysia.“Kali terakhir tengok konsert Siti di Adelaide, Australia pada 2019. Namun untuk Legacy 30 kita balik Kuala Lumpur dari Melbourne,” tulisnya.Sementara itu, seorang lagi peminat dari Malaysia yang kini berkhidmat sebagai jururawat di Jeddah turut melakukan perkara sama demi menyaksikan konsert tersebut.“From Jeddah with love,” tulis Najhan Hassim.Dalam perkongsian sama, Najhan turut memuat naik video perjalanannya dari Jeddah ke Malaysia selain berkongsi usaha menjahit sendiri pakaian baharu mengikut tema konsert itu.ARTIKEL BERKAITAN: Peminat adalah kekuatan, Siti Nurhaliza sempat beri kata semangat walau Mohd Fadzil tak sedar… “Mungkin dia masih mendengar”ARTIKEL BERKAITAN: Keprihatinan Siti Nurhaliza sentuh hati ramai, luang masa lawat peminat di ICU – “Dah tahu kenapa dia penyanyi nombor satu negara”Tidak kurang juga peminat dari Indonesia apabila seorang wanita dikenali sebagai Aisyah Jali berkongsi pengalamannya meredah perjalanan laut, darat dan udara demi tiba di Malaysia.“Menempuh jalur laut, darat dan udara untuk memasuki Malaysia demi berjumpa Siti Nurhaliza,” tulisnya.Konsert berkenaan dianggarkan bakal menghimpunkan kira-kira 60,000 peminat setia, dengan lebih 30 lagu dijangka dipersembahkan pada malam ini menerusi susunan muzik baharu hasil sentuhan pengarah muzik tersohor, Aubrey Suwito.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube