PELAKON Rita Rudaini tidak pernah lupa untuk mengumpul bukti bagi menuntut hak nafkah dua anaknya yang didakwa masih belum dilunaskan oleh bekas suami.Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, berkata dia tidak pernah alpa menyimpan segala rekod pembayaran sebagai bukti tuntutan tersebut. "Saya pun banyak dah kumpul, memang banyaklah. Sesen duit anak-anak memang aku kutip hutang sampai licin segala bulu. Rita sediakan semua bukti untuk tuntut hak anak-anak."Tunggu waktu kemuncak kakak muncul. Bila? Tunggu!," katanya menerusi hantaran di Threads.Dalam hantaran itu, Rita turut memuat naik semula kisah seorang anak yang menuntut nafkah tertunggak daripada bapanya sebagai peringatan kepada ibu tunggal.Tambah pelakon itu, buat masa ini dia memilih untuk berdiam diri dan memberi ruang kepada individu yang didakwa menganiaya anak-anaknya menikmati kehidupan mereka sebelum mengambil tindakan lanjut.Menurut Rita, dia juga tidak akan memaafkan mana-mana pihak yang terlibat atau bersubahat dalam menzalimi dirinya dan anak-anak.ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini dakwa bekas suami tak jujur, tiada usaha hubungi dan jumpa anak-anak… “Mahkamah dah beri kebenaran, kenapa tak datang”ARTIKEL BERKAITAN: Individu ‘back up’ Aidil Zafuan tak culas bayar nafkah, Rita Rudaini rayu bekas suami tunjuk resit… “Semua nak tengok yang berhutang skip bayar berapa bulan?”"Sekarang bagi mereka seronok dulu dengan Allah. Mana boleh tipu sejarah dulu-dulu yang terlibat, bersubahat, menyokong dan aniaya kami anak beranak pun saya tak pernah maafkan dunia dan akhirat. Janji Allah itu pasti," luahnya.Untuk rekod, Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan pada 2008 namun sah bercerai pada 2013.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Rayyan, 17, dan Arjuna yang kini berusia 15 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube