TINDAKAN penyanyi dan usahawan, Ifa Raziah menghadiri majlis perkahwinan pembantu rumahnya di Indonesia meraih perhatian ramai dan mencuri tumpuan warganet.Menurut Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 50, pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Linda sudah berkhidmat bersama keluarga itu selama hampir 16 tahun. Katanya, Linda bukan sekadar pembantu rumah, sebaliknya sudah dianggap sebagai ahli keluarga sendiri yang setia menemani mereka ketika susah dan senang.Ifa sebak lihat Linda disatukan dengan suaminya. “Dari seorang gadis muda yang datang dari kampung mencari rezeki di kota, Linda membesar di depan mata saya. “Menjadi sebahagian daripada keluarga saya, melalui susah senang, air mata dan tawa bersama. Insan yang setia menjaga rumah, anak-anak, keluarga dan amanah yang saya titipkan selama ini,” katanya menerusi satu hantaran di TikTok.Dalam video berkenaan, Ifa turut hadir sebagai saksi akad nikah Linda bersama pasangannya, Sadik, dan mengakui hatinya tersentuh apabila menyedari tanggungjawabnya sebagai majikan seakan-akan sudah beralih tangan.ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh pura-pura pengsan, Ifa Raziah ‘koyak’ netizen doanya cepat matiARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiada niat perlekeh wanita Iban, Ifa Raziah mohon maafLebih menyentuh perasaan, kata Ifa, apabila dia sendiri menyaksikan pembantu yang setia bersamanya selama ini melangkah ke alam perkahwinan sebagai seorang isteri.“Hari ini dengan sekali lafaz Lindawati dan Sadik selamat diijabkabulkan dan dengan penuh rasa syukur, saya hadir sebagai saksi di hari pernikahannya. “Menyaksikan sendiri seorang anak gadis yang pernah berada di bawah tanggungjawab saya kini menjadi seorang wanita dan telah diserahkan untuk menjadi seorang isteri solehah,” ujarnya.Dia turut mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan dan berharap hubungan mereka tidak terputus walaupun Linda kini bukan lagi dibawah tanggungjawabnya. Saya berharap agar ini bukan titik perpisahan yang terakhir.IFA RAZIAHPENYANYI “Dunia saya terhenti seketika, adakah tanggungjawab saya selesai di sini? Saya berharap agar ini bukan titik perpisahan yang terakhir. “Saya sentiasa berdoa semoga Linda menjadi isteri yang solehah dan Sadik pula menjadi suami yang bertanggungjawab, penyayang serta amanah. “Terima kasih Linda atas 16 tahun kesetiaan yang tidak ternilai. Doa saya sentiasa mengiringi kalian berdua hingga ke Jannah,” luahnya.Perkongsian tersebut meraih perhatian warganet dari dalam dan luar negara apabila rata-rata memuji Ifa sebagai majikan yang baik dan berhati mulia.Antara komen yang ditinggalkan netizen.“Jarang pekerja boleh bertahan sampai 16 tahun kalau bukan majikan berhati mulia.“Harap Kak Ifa jadi contoh majikan lain dalam menghargai pekerja.“Dari usia 16 hingga 34 tahun, rezeki Linda dapat majikan yang sangat luar biasa," antara komen netizen.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube