PELAKON Erra Fazira menjelaskan perkongsian foto buah zuriat oleh suaminya, Ezwan Zain ketika menunaikan ibadah umrah baru-baru ini hanyalah sekadar gurauan dan tidak membawa sebarang maksud tersembunyi.Erra atau Fazira Wan Chek berkata dia secara peribadi tidak pernah terfikir untuk kembali hamil, namun tetap menyerahkan segalanya kepada ketentuan Ilahi. Kongsi Erra, sebelum bernikah dia dan suami sudah berbincang secara terbuka mengenai soal anak memandangkan usianya yang sudah mencecah 52 tahun. “Kita kena sedia maklum Mr E ni suka bergurau. Saya pun tak tahu itu buah zuriat. Apa pun saya anggap ini sebagai gurauan. Erra dan Ezwan memaklumkan perkara itu ketika ditemui semasa pelancaran kafe Cluck’n Cone.“Saya dah set dalam otak macam tak sesuai (nak hamil) tetapi kalau Allah dah berkehendak kita tak boleh menolak. “Daripada mula saya pun tak sangka yang akan berkahwin lagi. Sejak awal kami ada berbincang, kalau dia nak anak (Ezwan) kena kahwin dengan orang muda,” katanya kepada mStar. Erra berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pembukaan premis pertama Cluck’n Cone yang diadakan di Jalan Changkat, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada petang Jumaat. Dalam pada itu, Erra memberitahu mereka lebih selesa menjalani kehidupan berumah tangga tanpa sebarang perancangan untuk menambah ahli keluarga kerana masing-masing sudah mempunyai anak.ARTIKEL BERKAITAN: Niat berniaga bukan kejar kekayaan, suami Erra Fazira impi bina sekolah khas untuk fakir miskinARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira, Ezwan Zain berangkat tunai umrah... Hadiah istimewa buat suami“Saya tidak merancang. Perancangan saya Alhamdulillah kami masing-masih sudah mempunyai anak dan dah ada pasangan (teman) jadi kami mahu jalan terus (jalani kehidupan). “Kalau nak kata tak terburu-buru nak anak tidak juga sebab faktor usia. Kami memang tidak fikir ke arah itu pun,” ujarnya. Mengulas lanjut, Erra turut menjelaskan faktor usia menjadi sebab utama dia tidak meletakkan harapan untuk hamil, malah sentiasa mendapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor. Kalau nak kata tak terburu-buru nak anak tidak juga sebab faktor usia. Kami memang tidak fikir ke arah itu pun.ERRA FAZIRAPELAKON“Ada rezeki saya tak tolak, tapi saya tahu 80% perkara itu tidak akan berlaku (hamil). “Di usia saya ini memang sentiasa buat pemeriksaan doktor. Rata-rata menasihati lebih baik saya tidak hamil atas faktor usia,” katanya. Pada 2 Januari lalu, Erra membuat kejutan istimewa buat Ezwan sempena ulang tahun kelahirannya dengan menghadiahkan perjalanan menunaikan umrah bersama.Dalam satu hantaran di Instagram, Ezwan memuat naik gambar memegang foto buah zuriat yang ditunjukkan kepada Erra, sekali gus mencetuskan spekulasi netizen bahawa pasangan itu bakal menimang cahaya mata.Pakar menasihati supaya Erra tidak hamil disebabkan faktor usia. Untuk rekod, Erra selamat bernikah dengan Ezwan pada 12 Disember lalu di Rinjani Majestic, Subang selepas 11 tahun bergelar ibu tunggal.Erra sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan anggota KRU, Datuk Yusry Abdul Halim. Namun, mereka bercerai pada 2006 selepas tiga tahun berkahwin dan tidak dikurniakan cahaya mata.Erra kemudian berkahwin dengan usahawan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, sebelum berpisah pada 2014.Manakala Ezwan pula sudah lapan tahun bergelar duda dan mempunyai seorang cahaya mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube