SUAMI kepada pelakon dan penyanyi Erra Fazira iaitu usahawan Ezwan Zain berkongsi impian besarnya untuk membina sebuah sekolah khas bagi pelajar keluarga miskin. Menurut Ezwan, 45, tujuan dia terjun ke dunia perniagaan bukan semata-mata untuk mengejar kekayaan, sebaliknya demi merealisasikan matlamat peribadi yang lebih bermakna. "Saya ada satu impian besar. Sebelum ini hanya impian saya tetapi sekarang ini sudah jadi impian bersama."Impian saya nak bina sebuah sekolah. Saya banyak kali dah cerita dengan awak (Erra). Disebabkan itu saya meniaga. Ramai orang ingat kita nak meniaga sebab nak kaya. Ezwan (kiri) berkongsi impiannya dalam siaran program audiosiar Kasi Onz."Saya meniaga ada niat untuk sasaran sendiri. Itulah impian saya sebenarnya," katanya. Ezwan berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual program audio siar Kasi Onz yang dimuat naik di saluran YouTube. Dalam pada itu, Ezwan memberitahu sekolah yang diimpikan itu adalah khusus untuk anak-anak daripada keluarga miskin tegar yang bukan sahaja berdepan kesukaran untuk mendapatkan pendidikan, malah turut bergelut untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan.Bagaimanapun, Ezwan mengakui tidak mahu terlalu banyak bercerita tentang niat tersebut kerana menganggap ia sebagai satu amanah dan keikhlasan.ARTIKEL BERKAITAN: Ezwan Zain tak tidur malam demi resepsi impian, Erra Fazira terharu pengorbanan suami... “Saya akan semat memori ini selama-lamanya”ARTIKEL BERKAITAN: Erra Fazira, Ezwan Zain berangkat tunai umrah... Hadiah istimewa buat suami"Saya nak bina sebuah sekolah khusus untuk anak-anak orang miskin tegar. Bukan sekadar tak boleh pergi belajar tetapi nak makan pun susah. "Kalau nak bercerita sangat pun tak best kan sebab itu niat kita. Itu sebab saya cakap ia impian bersama. "Impian saya, awak (isteri) dan team KUEH (perniagaan). Saya harap semua tolong doakan kita cuba usahakan," ujarnya. Sementara itu, Erra turut meluahkan sokongan dan doa agar impian suaminya itu dipermudahkan, lebih-lebih lagi rakaman audio siar tersebut disiarkan bersempena hari lahir Ezwan yang jatuh pada 2 Januari."Aamin saya doakan. Hari ini (Jumaat) pun hari jadi awak. Saya doakan semoga segala impian awak tercapai. "Daripada niat nak bina sekolah, kerjaya, semoga awak dapat ketenangan awak peroleh peningkatan iman dan sebagainya," katanya. Ezwan dan Erra (kanan) bernikah pada 12 Disember lalu.Untuk rekod, Erra mendirikan rumah tangga dengan Ezwan atau lebih dikenali sebagai Mr E pada 12 Disember lalu selepas 11 tahun bergelar ibu tunggal. Erra sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon dan anggota kumpulan KRU, Datuk Yusry Abdul Halim, namun mereka bercerai pada 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata. Aktres berkenaan kemudian berkahwin dengan usahawan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Engku Aleesya, 17, sebelum berpisah pada 2014.Manakala Ezwan pula sudah lapan tahun bergelar duda dan mempunyai seorang cahaya mata.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube