suria

Puteri Sarah tak galak anak-anak jadi artis, lebih utamakan pendidikan... "Saya mahu Sumayyah bergelar doktor, Syaikhul minat bidang kejuruteraan"

Sarah elak anak-anak bergelar artis pada masa depan.

PELAKON Puteri Sarah Liyana memilih untuk tidak terlalu mendedahkan kehidupan dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah kepada umum meskipun mereka sering menjadi perhatian netizen.

Menurut Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, dia lebih selesa sekiranya mereka tidak kerap muncul di media sosial atau terlibat secara aktif dalam dunia hiburan.

“Saya tidak suka terlalu mendedahkan anak-anak. Kalau sekadar muncul sedikit, seperti dalam iklan televisyen (TVC) dan tidak kerap, itu masih boleh diterima.

Sarah utamakan pendidikan anak-anak.

“Namun, jika terlalu terdedah saya rasa kurang selesa. Saya pula memang setiap hari membuat siaran langsung, jadi kalau anak-anak muncul sekejap untuk ucap ‘hai’ itu tidak mengapa. 

"Cuma jika terlalu kerap dan berlebihan, saya tidak suka,” katanya.

Sarah berkongsi perkara itu ketika menjawab soalan sesi question and answer (Q&A) daripada netizen menerusi Instastory miliknya pada malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kawal emosi, bertindak bijak” – Puteri Sarah titip pesanan buat Dr Fie 

ARTIKEL BERKAITAN: Diugut mahu hantar sihir, tiru gambar media sosial... Puteri Sarah rimas diganggu peminat ‘mental’

Sebelum itu, seorang netizen bertanya sama ada Sarah terbuka sekiranya Syaikhul dan Sumayyah mengikut jejak langkahnya sebagai artis pada masa hadapan.

Berkongsi lanjut, Sarah berkata dia lebih mengutamakan aspek pendidikan, malah aktres itu turut berkongsi cita-cita anak-anaknya ketika ini. 

“Bagi saya, pendidikan anak-anak sangat penting.

Perkongsian Sarah di Instastory miliknya.

“Kalau boleh, saya mahu Sumayyah menjadi doktor, manakala abang minat dalam bidang kejuruteraan,” ujarnya.

Untuk rekod, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014, namun mereka sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul, 9, dan Sumayyah, 8 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain