suria

Romantic Echoes tampil konsert solo pertama di Zepp KL, bakal bawa 18 lagu hit

Romantic Echoes bakal menyanyikan 18 lagu hit mereka.

KUMPULAN indie dari Indonesia, Romantic Echoes bakal mengadakan persembahan solo pertama di Malaysia pada 6 Februari ini. 

Konsert bertajuk “Dentum: The First Romantic Echoes Showcase Live In Malaysia” dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.

Lebih menarik kumpulan tempatan yang semakin meningkat naik, Midnight Fusic bakal tampil sebagai artis jemputan sekali gus menambahkan lagi keseronokan peminat muzik indie di Malaysia dan serantau.

Romantic Echoes bakal adakan konsert di Zepp KL.

Menurut jurucakap penganjur dan pengurus projek, Azreel Azhar konsert itu tercetus hasil sambutan hangat yang diterima Romantic Echoes ketika muncul di Nyala Fest pada November tahun lalu.

Selain itu, konsert solo itu juga dikatakan akan memperkenalkan konsep dan elemen berbeza sebagai penghargaan buat peminat setia yang lebih dikenali sebagai Divisi Romantis.

“Persembahan mereka sebelum ini memang mendapat sambutan luar biasa. Jadi, ini menjadi pemangkin untuk kami merealisasikan konsert solo demi memenuhi permintaan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: My Chemical Romance tangguh konsert di Kuala Lumpur ke November 2026 

ARTIKEL BERKAITAN: Sammy Simorangkir terbuka sertai GV, tak rasa ‘downgrade’ masuk program realiti

“Zepp Kuala Lumpur dipilih kerana ia menawarkan suasana lebih dekat dengan penonton dan tidak asing bagi peminat tempatan. 

"Kami yakin konsert ini mampu meninggalkan kenangan indah dan romantis untuk semua yang hadir,” katanya.

Azreel turut menambah, pihak penganjur dan pengurusan kumpulan kini sedang membuat persiapan rapi bagi memastikan persembahan nanti lebih istimewa, termasuk beberapa elemen kejutan untuk penonton.

Kami yakin konsert ini mampu meninggalkan kenangan indah dan romantis untuk semua yang hadir.

AZREEL AZHAR

JURUCAKAP PENGANJUR

Romantic Echoes dijangka membawakan 18 lagu popular daripada empat album mereka, termasuk beberapa karya yang belum pernah dipersembahkan sebelum ini. 

Antara lagu hit yang bakal dipersembahkan adalah Persembahan Dari Masa Lalu, Paradisa, Amarah, Gaung Asmara dan Yang Kau Hindari Terjadi.

Tiket untuk konsert Dentum: The First Romantic Echoes Showcase Live In Malaysia mula dijual kepada orang ramai sejak 30 Disember lalu menerusi platform Ticket Empire.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain