FILEM Papa Zola The Movie berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila mencatat kutipan RM50 juta dalam tempoh 22 hari tayangan di pawagam Malaysia dan Brunei.Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak, pencapaian tersebut sekali gus menjadikan filem berkenaan sebagai kutipan tertinggi pernah direkodkan oleh syarikat itu sekali gus menewaskan Mechamato The Movie yang mencatat kutipan RM35.88 juta. Kata Nizam, 42, kejayaan luar biasa itu membuktikan karya animasi tempatan mampu memberi impak besar kepada penonton.Kutipan filem Papa Zola sudah mencapai angka RM50 juta.“Syukur filem Papa Zola The Movie berjaya mendapat kutipan RM50 juta dalam tempoh 22 hari tayangan. Sambutannya sangat menggalakkan dan filem ini masih berada di tangga pertama walaupun selepas tiga minggu ditayangkan.“Kami sendiri tidak menyangka kerana genre yang dibawakan adalah superhero kanak-kanak dan pada awalnya kami tidak pasti bagaimana penerimaan penonton dewasa.“Namun apabila ditayangkan, ramai penonton berasa sedih dan terharu. Ini bukan sekadar soal kutipan, tetapi impak kepada institusi keluarga,” katanya ketika dihubungi mStar pada petang Jumaat.Dalam pada itu, Nizam turut mendedahkan Papa Zola The Movie sebenarnya mempunyai satu ‘secret ending’ yang terpaksa diketepikan.ARTIKEL BERKAITAN: Gabungan nostalgia, aksi Hollywood dan kisah kekeluargaan dalam Papa Zola The Movie ARTIKEL BERKAITAN: Banyak sangat video berjoget, 'Tok Abah' beralih ke TikTok hasil video bermanfaat buat kanak-kanakHal ini demikian kerana pihak produksi tidak mahu mengambil risiko sekiranya elemen berkenaan gagal disampaikan dengan baik kepada penonton.Bagaimanapun jelas Nizam sekiranya kutipan filem tersebut mencecah kutipan RM60 juta, pihaknya merancang untuk meneruskan pembikinan sekuel kedua.“Ramai juga tidak tahu bahawa sebenarnya ada satu secret ending yang telah kami buang.“Ia adalah idea untuk filem Papa Zola kedua, tetapi kami tidak berani memasukkannya kerana bimbang tidak dapat sambutan yang baik. Ramai juga tidak tahu bahawa sebenarnya ada satu secret ending yang telah kami buang.NIZAM ABD RAZAK PENGASAS DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MONSTA “Insya-Allah, jika kutipan boleh mencecah RM60 juta, kita akan teruskan perancangan untuk menerbitkan filem kedua Papa Zola,” jelasnya.Mengukuhkan lagi kejayaan tersebut, Papa Zola The Movie turut kekal menduduki carta nombor satu pawagam selama 22 hari berturut-turut sejak hari pertama ditayangkan.Dalam perkembangan lain, Nizam berkata kejayaan filem itu juga membuka ruang lebih luas untuk pasaran antarabangsa.Nizam memberi bayangan bakal ada filem kedua bagi Papa Zola.“Kami melihat produk ini sebagai cabaran kepada diri kami sendiri selepas berjaya menyaingi Mechamato. Sasaran awal kami hanya RM40 juta dan momentum filem ini sangat baik.“Secara keseluruhan, filem ini sudah ada 13 buah negara yang berminat untuk menayangkannya di negara masing-masing.“Tayangan di Indonesia bermula 23 Januari ini, diikuti pasaran India, Vietnam serta pasaran Timur Tengah yang merangkumi Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Turki pada April 2026,” jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube