suria

Banyak sangat video berjoget, 'Tok Abah' beralih ke TikTok hasil video bermanfaat buat kanak-kanak

SEJAK bergiat aktif di aplikasi TikTok, semakin ramai yang sudah mengetahui siapakah pemilik suara Tok Abah yang popular menerusi siri animasi Boboiboy dan Mechamato.

Pemilik suara watak tersebut, Anas Abdul Aziz, 40, dia aktif di TikTok kerana mahu memberikan content yang baik buat generasi muda di laman sosial berkenan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

"Kami di Monsta sentiasa nak menghasilkan content yang baik sebab tengok di TikTok banyak yang buat video berjoget sahaja.

Kanak-kanak ramai main TikTok, jadi kami nak menghasilkan bahan sesuai untuk mereka supaya golongan ini lebih tertarik dengan perkara lebih bermanfaat," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Anas turut berkongsi beberapa watak lain yang pernah menggunakan suaranya dalam siri animasi terbitan Monsta.

Selain dikenali menerusi watak Tok Abah, Anas juga adalah individu di sebalik karakter Adu Du, Probe, Komander Kokoci, Pakcik Kumar dan beberapa watak sampingan dalam animasi Boboiboy dan Mechamato.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi