suria

Nizam Laksamana letak syarat sebelum izin BBNU cover ‘Gugurnya Bunga Cinta’… Siap sebut nama Khai Bahar

PENYANYI Nizam Laksamana mengalukan-alukan sekiranya ada penyanyi baharu yang ingin menyanyikan semula lagunya berjudul Gugurnya Bunga Cinta.

Nizam atau nama sebenarnya Mohd Nizam Pechok, 56, bagaimanapun berkata dia tidak mengizinkan mereka mengubah melodi asal lagu tersebut sekiranya ingin diberikan nafas baharu.

“Kepada penyanyi baharu yang mahu nyanyikan lagu saya Gugurnya Bunga Cinta, saya alukan tapi ada syarat sebab saya berhak nak tentukan ke atas lagu tersebut kerana lirik lagu itu saya kongsi dengan komposer.

“Orang nak nyanyi lagu itu boleh tapi kena sampaikan lebih baik daripada saya dan jangan ubah melodi lagu tersebut, bukannya saya sombong tapi nak pelihara roh lagu tersebut.

“Setakat ini saya belum jumpa penyanyi pelapis baharu yang sesuai untuk lagu Gugurnya Bunga Cinta, tapi yang saya lihat mungkin agak sesuai ialah Khai Bahar dan menaruh harapan kepadanya untuk cover lagu ini,” kata Nizam kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi