suria

Hilang kaki kiri akibat kemalangan… Lelaki India ini cekal tunjuk bakat menyanyi, ramai puji suara macam Anuar Zain

SEORANG lelaki dikenali sebagai Murty menarik perhatian netizen di aplikasi TikTok selepas dia memuat naik video cover menyanyikan lagu Anuar Zain berjudul Perpisahan.

Lebih menyentuh hati, Murty atau nama sebenarnya Thatchnamoorthy, 30 memberitahu tercetusnya idea untuk membuat cover lagu tersebut setelah kehilangan pekerjaan akibat kemalangan sebelum ini.

Gara-gara kemalangan itu, dia kehilangan kaki kirinya dan tiada sumber pendapatan.

“Saya sebenarnya sering buat cover nyanyi lagu tapi lagu English atau tamil selepas pandemik, untuk lagu Anuar Zain ni saya pernah dengar sebelum ini sebab pernah jadi ost filem cinta, sehingga kawan saya meminta untuk saya buat cover lagu ini dan tak sangka pula dapat sambutan hangat.

“Sebelum ini saya merupakan seorang deejay kemudian pada tahun 2019 saya mengalami kemalangan dan dilanggar lori lalu saya hilang kaki kiri, selepas daripada itu saya hilang pekerjaan dan menggangur kemudian selang beberapa tahun baru terfikir nak buat cover lagu ini.

“Sekarang ini memang sukar untuk saya bergerak kerana tiada kaki palsu dan terpaksa menolak beberapa tawaran untuk menyanyi tapi sekiranya saya berjaya dapat kaki tersebut mungkin akan difikirkan untuk maju kedepan, terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong saya dan bantu kongsikan video tersebut sehingga tular,” kata Murty kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi