suria

‘Tiara’ versi P. Ramlee popularkan P. Radhi, disambar M. Nasir jadi artis rakaman

PENYANYI P Radhi meluahkan rasa terharu dan teruja apabila mendapat tawaran bernaung di bawah syarikat rakaman milik Datuk M.Nasir selepas lagu cover nyanyiannya iaitu Tiara versi Allahyarham Tan Sri P. Ramlee tular di media sosial.

Radhi atau Muhammad Radhi Abd Rahman, 30, yang merupakan bekas peserta program nyanyian Bintang P. Ramlee RTM tahun 2016 menganggap ia satu peluang keemasan dalam usaha melonjakkan lagi namanya sebagai penyanyi.

“Kalau sebelum ini saya ada cover lagu Tiara versi Tan Sri P.Ramlee tetapi Insha Allah awal tahun depan akan keluar lagu Datuk M.Nasri Satu Masa versi 50an yang mendapat permintaan ramai.

“Saya dipanggil oleh Datuk M.Nasir untuk berada bawah naungannya sebab dia ada menonton video saya cover lagu Tiara," katanya kepada mStar.

Bagaimanapun kata Radhi, dia masih perlu menjalani sesi ujian vokal bersama penyanyi terkenal itu dan bersyukur apabila diterima sebagai artis rakaman Luncai Emas Sdn. Bhd.

Katanya lagi, syarikat rakamannya juga sedang dalam proses menerbitkan single terbaharunya tidak lama lagi.

"Ketika uji bakat, Datuk beritahu keunikan bakat saya membuatkan dia terpanggil untuk mengambil saya sebagai artis rakaman.

"Insya Allah single baru akan keluar tahun depan, saya pun dah dengar demo," katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi