suria

Rhys William mahu keluarga pindah Malaysia, pelan-pelan 'racun' keunikan kehidupan di negara ini

PERSONALITI media sosial Rhys William berhasrat untuk membawa kedua ibu bapanya yang menetap di United kingdom berhijrah ke Malaysia.

Rhys atau Rhys William James Woodfield bagaimanapun berkata, dia tidak terburu-buru mahu membawa keluarganya menetap di negara ini sebaliknya sedang 'meracun' mereka tentang keindahan dan keunikan negara ini kepada mereka.

"Masa saya pindah ke Malaysia dulu memang ada hasrat nak bawa ibu bapa sekali tinggal bersama di sini tetapi bukan secara paksa sebaliknya saya perkenalkan mereka dengan keindahan serta keunikan Malaysia secara perlahan-lahan agar mereka jatuh cinta.

"Biasanya kalau mereka datang ke sini, saya akan bawa ke tempat-tempat bukan pelancongan sebaliknya kawasan penduduk tempatan biasa pergi agar mereka dapat tengok sendiri sisi lain tentang Malaysia.

"Secara perlahan-lahan tapi bukan 'racun' mereka namun lebih kepada beritahu mereka mengapa saya pilih Malaysia sebagai rumah," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Rhys berkata, meskipun sudah 10 tahun berhijrah ke negara ini namun dia masih terpesona dengan keramahan penduduk tempatan yang sentiasa menunjukkan sikap prihatin dan mengalu-alukan kedatangannya.

"Tengok balik 10 tahun sebelum ini macma tak sangka, tapi saya rasa bersyukur dengan peluang yang ada setakat ini.

"Rasa macam sekejap masa belalu dan Malaysia dah macam rumah sendiri... walaupun balik UK saya tetap tak sabar nak balik Malaysia,' katanya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi