suria

Suara mirip Charly ST12 bawa tuah buat Zulhadi, rupanya memang ada darah Indonesia

PENDATANG Baharu Zulhadi tidak menyangka penularan video nyanyiannya yang dikatakan mirip dengan Charly ST12 di TikTok sebelum ini membuka jalan buatnya untuk melangkah masuk ke dalam industri muzik tanah air.

Zulhadi atau Zulhadi Mak Rakman, 20, berkata, peluang menjadi artis rakaman di bawah syarikat Awal Muzik digunakan sebaik mungkin untuk mencipta nama sebagai penyanyi dan bukan sekadar dikenali kerana memiliki vokal mirip vokalis kumpulan Indonesia itu.

"Ramai yang sangka saya ni penyanyi daripada Indonesia sebab suara iras-iras penyanyi seberang tapi sejujurnya saya memang ada darah kacukan sebab ibu Indonesia dan bapa Malaysia, saya teringin sangat kalau dapat peluang untuk lebarkan sayap muzik ke Indonesia sekiranya diberikan peluang," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Zulhadi berkata, dia baharu sahaja merakamkan single terbarunya berjudul Bidadariku dan sedang dalam proses pembikinan lagu lain.

"Impaknya sangat besar dan orang kampung semua bertanya mengenai lagu baharu, kemudian pihak pengurusan pun sekarang ini memang fokus untuk keluarkan single lain, syukur semuanya memberi komen positif," ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi