suria

Umur makin meningkat, Luqman Podolski tak mahu lagi buat video lawak… Tapi puji content parodi Ryan Bakery

PENYANYI Luqman Podolski mengambil keputusan untuk tidak meneruskan lagi minat menghasilkan video parodi lawak yang sering dilakukannya sebelum ini.

Luqman atau nama sebenarnya Luqmanul Haqim Kamaruddin, 24, berkata keputusan itu dibuat kerana beranggapan video itu tidak bersesuaian dengan dirinya memandangkan umurnya kian meningkat dewasa.

Sebaliknya, dia mahu fokus kepada bidang nyanyian yang sedang diceburi pada saat ini.

“Sebenarnya mungkin untuk masa akan datang saya tidak lagi membuat content macam dulu sebab mungkin sampai masa untuk saya berhenti dan fokus kepada nyanyian.

“Lagi pun faktor umur juga yang makin meningkat, kalau dulu mungkin tidak fikir sangat dan main atau langgar saja tapi bila semakin dewasa ni banyak perkara juga perlu fikir.

“Kadang-kadang bila tengok bila video lama tu, alamak macam ni ke aku dulu, macam mana agaknya anak cucu aku tengok nanti kalau masa akan datang,” kata Luqman kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Luqman berkata dia dalam perancangan untuk melancarkan mini album pada tahun 2023 ini.

“Saya mungkin akan melancarkan mini album pertama pada tahun 2023 ini dan sekarang ini masih dalam persiapan akhir cuma tidak tahu bila tarikh yang sesuai untuk lancarkan,” luahnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi