suria

Noki sedang perbaiki diri, impi wanita berpurdah jadi isteri… Target kahwin 2 tahun lagi

PENYANYI Noki K Clique berharap dia dipertemukan jodoh dengan wanita berhijab atau berpurdah.

Noki, 28, berkata, pilihan itu dibuat kerana menyedari kekurangan pada dirinya dan sekali gus dapat menaikkan semangat untuk berubah sekiranya mendapat pasangan yang baik.

“Buat masa ini saya masih lagi belum jumpa wanita yang dicari itu dalam media sosial saya dan kalau bertanya mengenai status hubungan saya, biarlah rahsia terlebih dahulu, tiba masanya nanti akan di beritahu juga.

“Sebelum ini kenyataan saya nak wanita berpurdah tu sebab saya tahu diri ini bagaimana dan saya mahu seseorang yang boleh bimbing ke arah yang baik.

“Setahu saya, sebelum ingin cari pasangan yang baik jadi kita kena perbetulkan diri dahulu, sekarang ini saya sedang jalani proses perubahan diri dan semuanya terletak kepada kuasa Allah SWT... kalau ada alhamdulilah!,” kata Noki kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Noki dan MK kini sedang mempersiapkan diri untuk beraksi di pentas final Anugerah Juara Lagu ke 37 untuk lagu Payung Pelangi yang akan datang ini.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi