suria

[V] “Dalam keluarga pertelingkahan perkara biasa” - Sudah lama tak berhubung, Fareed K-Clique dedah cerita sebenar Tuju ‘hilang’

PENYANYI rap Fareed menyangkal dakwaan kononnya hubungan K-Clique dengan salah seorang anggotanya iaitu Tuju sedang mengalami masalah sehingga menyebabkan dia menjauhkan diri daripada mereka.

Sebaliknya kata Fareed atau Fareed Saddi, 28, K-Clique masih bersama sebagai sebuah kumpulan namun Tuju mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada keluarga buat masa ini.

"Dalam sebuah keluarga itu jika ada pertelingkahan di antara adik-beradik perkara biasa tetapi kami masih bersama sebagai K-Clique.

dcv

K-Clique tiada apa-apa masalah dengan Tuju.

"Cuma Tuju buat masa ini mahu memberi fokus kepada keluarga dan kami sepakat memberi dia peluang untuk berbuat demikian," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fareed memberitahu kali terakhir dia berkomunukasi dengan Tuju adalah sekitar Mei lalu dan ketika itu penyanyi rap berkenaan meluahkan hasrat berkenaan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Fareed K-Clique selamat bergelar suami, MK jadi jurunikah!

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Spekulasi ‘foto kahwin’ Nabila Razali dan MK K-Clique terjawab! Rupanya hanya teaser MV lagu baharu... “Ini bukan gimik”

Bagaimanapun katanya, sejak itu mereka tidak berhubung atau bertanya khabar tentang keadaan masing-masing.

"Insya Allah kalau dia sudah bersedia, kami sentiasa mengalu-alukan kehadirannya dan dia boleh telefon saya," katanya.

Insya Allah kalau dia sudah bersedia, kami sentiasa mengalu-alukan kehadirannya dan dia boleh telefon saya.

FAREED K-CLIQUE

PENYANYI RAP

Tambah Fareed, K-Clique juga sedang merancang sesuatu buat peminat yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Namun sebelum itu, Fareed memberitahu dia akan memberi fokus kepada program Famili Duo yang bakal memperlihatkan dia bergandingan dengan abangnya iaitu penyanyi Sabhi Saddi.

unknown_318206639_3388482148101129_7678790242777935121_n

Fareed memasuki program Famili Duo bersama abangnya Sabhi Saddi.

Kata Fareed, dia teruja menyertai pertandingan tersebut kerana sudah lama mengimpikan untuk bergandingan dengan Sabhi di atas pentas sama.

"Famili Duo bakal memperlihatkan saya bakal bekerjasama dengan abang sendiri buat kali pertama dan saya cukup teruja dapat berkongsi pentas dengannya.

"Seperti mana peserta lain, kami juga berharap dapat mara ke peringkat final dan menjuari pertandingan tersebut," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain