suria

[V] Spekulasi ‘foto kahwin’ Nabila Razali dan MK K-Clique terjawab! Rupanya hanya teaser MV lagu baharu… “Ini bukan gimik”

PENAMPILAN penyanyi Nabila Razali bersama MK K-Clique dalam persalinan baju pengantin berwarna putih mengundang tanda tanya peminat dan netizen di media sosial.

Rata-rata peminat sudah menjangkakan ia hanyalah sebahagian gimik bagi mempromosikan lagu baharu nyanyian penyanyi berkenaan.

Menjawab mengenai perkara itu, Nabila menafikan muat naik tersebut sebagai gimik, sebaliknya memberitahu ia adalah teaser sebelum lagu baharunya itu dilancarkan.

nab1 - 1

Lagu Aku Terluka kesinambungan daripada Peluang Kedua.

"Saya rasa ramai yang keliru di antara gimik dan teaser kerana apa yang saya muat naik di media sosial adalah hanya untuk memberi teaser kepada orang di luar sana.

"Sebagai seorang yang bekerja dalam industri kreatif, tidak menarik pula sekiranya kami terus memberi lagu kepada peminat. Jadi, saya ambil pendekatan untuk melancarkan teaser terlebih dahulu," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali muat naik foto bersama lelaki dalam busana pengantin, kahwin rahsia atau gimik?

ARTIKEL BERKAITAN: Keisya Levronka puji vokal Nabila Razali, versi duet 'Tak Ingin Usai' hadiah buat peminat

Nabila menjelaskan mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran single terbaharunya berjudul Aku Terluka yang diadakan di pejabat Universal Music Malaysia, Selangor pada Rabu.

Dalam pada itu, Nabila mengakui dia tidak dapat menghalang persepsi peminat yang menganggap apa yang dilakukan adalah sebagai gimik semata-mata.

"Pada saya, apa yang saya dan team lakukan ini adalah sebahagian daripada promosi dan bukannya gimik.

"Saya tidak boleh halang sangkaan orang lain terhadap saya, saya hanya mahu peminat berteka-teki untuk kemunculan lagu-lagu terbaharu saya. Tiada niat untuk saya buat gimik semata-mata," ujarnya.

Sebagai seorang yang bekerja dalam industri kreatif, tidak menarik pula sekiranya kami terus memberi lagu kepada peminat.

NABILA RAZALI

PENYANYI

Bercakap mengenai Aku Terluka, lagu berentak balada itu merupakan hasil ciptaan Amylea Azizan dan MFMF.

Kata Nabila, istimewanya lagu ini merupakan kesinambungan bagi jalan cerita lagu Peluang Kedua yang dilancarkan pada tahun 2020.

Malah, karakter MK K-Clique masih dikekalkan dalam video muzik (MV) lagu baharu ini.

"Saya kembali dengan lagu baharu yang merupakan kesinambungan kepada lagu Peluang Kedua.Saya rasa ada yang saya perlu jelaskan dalam lagu Peluang Kedua dan semuanya bakal terjawab menerusi lagu Aku Terluka ini.

"Jika saya memilih selebriti lain sebagai model dalam muzik video Aku Terluka ini, pastinya ia sudah tidak lagi relevan kerana peminat sudah sedia maklum bahawa jalan cerita itu dilakonkan oleh MK.

"Jadi, saya hanya membawa MK sekali lagi sebagai penutup kepada ‘percintaan’ Nabila Razali dan MK menerusi lagu ini," katanya.

nab2 - 1

Nabila sekadar ingin mengeluarkan teaser buat pengetahuan peminat.

Sebelum ini, Nabila berkongsi foto berbentuk seolah-olah sedang meraikan hari bahagianya menerusi Instagram.

Foto berkenaan memperlihatkan seolah-olah dia sedang berada dalam majlis pertunangan atau pernikahan yang diadakan di tepi pantai.

MV Aku Terluka dilancarkan di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment pada pukul 9 malam, Rabu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain