suria

Nabila Razali muat naik foto bersama lelaki dalam busana pengantin, kahwin rahsia atau gimik?

Tindakan memuat naik gambar dalam persalinan baju pengantin menimbulkan tanda tanya peminat.

TIADA angin tiada ribut, penyanyi Nabila Razali tiba-tiba memadam semua gambar di Instagram miliknya dan menggantikan foto yang memperlihatkan dia bersama seorang jejaka dalam persalinan baju pengantin berwarna putih.

Menerusi foto berbentuk kolaj itu bagaimanapun tidak mendedahkan wajah lelaki berkenaan yang berpakaian kasual rona sama dengan menampakkan bahagian seluar yang tertera jenama Christian Dior.

Lebih menimbulkan kesangsian peminat, Nabila turut menutup bahagian komen di laman sosial itu menguatkan lagi ada sesuatu sedang disembunyikan penyanyi tersebut.

Bella IG

Gambar berbentuk kolaj di Instagram Nabila.

Menerusi Instastory pula, Nabila atau lebih mesra dengan sapaan Bella turut memuat naik beberapa lagi foto yang menunjukkan lokasi majlis perkahwinan di tepi pantai selain jambangan bunga tangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan ‘live’ dipuji, Nabila Razali akui hasil masuk kelas vokal hari-hari - “Kali ini mungkin saya serap apa cikgu ajar”

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah ditinggalkan gara-gara orang ketiga, Nabila Razali belum boleh duduk semeja dengan bekas kekasih

Tidak hanya itu, Nabila turut memuat naik foto hitam putih yang memperlihatkan jejaka berkenaan memegang sebentuk cincin bersama seutas rantai.

Tindakan itu sekaligus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat sama ada Nabila sudah melangsungkan perkahwinan secara rahsia.

Atau pun, ia sekadar gimik bagi melancarkan lagu terbaharunya seperti mana pernah dilakukan sebelum ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain