suria

[V] Bonus dapat tempat kedua GV9, Bob Yusof mahu hidupkan semula jenama diri 

TIDAK pernah terlintas mendapat tempat kedua di pentas Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Bob Yusof sebaliknya berharap kemunculannya dapat menghidupkan kembali namanya sebagai seorang penyanyi.

Bob atau Yusrizan Usop, 41, berkata, selama ini lagunya kurang mendapat sambutan pendengar meskipun setiap tahun menghasilkan karya baharu buat pendengar.

Justeru kejayaan di GV9 diharap dapat digunakan sebaik mungkin agar peminat kembali memberi perhatian dan sedar akan kewujudannya dalam industri hiburan tanah air.

“Saya masuk GV9 ini tak pernah fikir nak menang. Saya cuma mahu wujudkan kembali jenama Bob Yusof dan supaya orang tahu kewujudan dalam industri ini. Saya tidak pernah pun hilang sejak awal bergelar penyanyi.

Pengalaman di GV9 bantu Bob untuk kembangkan lagi kerjaya.

“Sebenarnya setiap tahun ada sahaja lagu baru. Cuma mungkin kurang dapat sambutan dan tidak diputarkan di radio. Saya juga menguruskan kerjaya sendiri jadi tidak tahu bagaimana cara untuk pasarkan lagu.

“Berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan artis di GV9 ini membuka mata untuk lebih tahu apa yang harus dilakukan pada masa akan datang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jaclyn Victor ada ‘mantra’ sendiri di pentas GV9, hadiah RM100,000 untuk simpanan anak-anak

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Suara hilang dan telinga tak dengar, Shila Amzah hampir pitam di pentas akhir GV9

Memberikan persembahan yang konsisten pada setiap minggu, Bob mempertaruhkan lagu Rahasia Perempuan dan Sejati pada pusingan pertama dan battle bersama Hazrul Nizam menerusi lagu Ice Ice Baby serta Swipe pada peringkat akhir yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada malam Ahad.

Bercerita tentang cabaran membawakan lagu rap yang bukannya menjadi genre pilihan, kata Bob dia mengambil masa lama untuk menghafal lagu tersebut namun terpaksa akur dengan kesilapan sendiri terlupa lirik di atas pentas.

Sebenarnya setiap tahun ada sahaja lagu baru. Cuma mungkin kurang dapat sambutan dan tidak diputarkan di radio.

BOB YUSOF

PENYANYI

“Sejak minggu lalu memang saya lebih fokus kepada berlatih lagu rap berbanding persembahan solo. Saya bukannya biasa nyanyi rap. Tambahan pula lagu rap berbahasa Inggeris, memang berbelit lidah.

“Saya dah hafal sejak awal tapi apabila di atas pentas hilang semuanya. Daripada tidak menyanyi langsung lebih baik saya memandang kepada promter. Saya takut melakukan kesilapan,” jelasnya.

bob 22

Bob berjaya mendapat tempat kedua manakal Jaclyn Victor sebagai juara dan Shila Amzah ketiga.

Pada persembahan tersebut jelas kelihatan pada mata Bob lebih tertumpu membaca lirik lagu yang tersedia di prompter sehingga ditegur juri tetap Datuk Shafinaz Selamat.

Hasil kemenangan itu, Bob membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, pakej percutian ke Dubai dan Abu Dhabi serta trofi.

“Wang kemenangan tersebut saya akan gunakan sebaik mungkin untuk diri sendiri, keluarga dan team Bob Yusof. Mungkin ia juga boleh dimanfaatkan untuk perkembangan kerjaya selepas ini,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain