suria

Jaclyn Victor tepati ramalan juara GV9, bawa pulang wang tunai RM100,000

jaclyn victor

BAGAI dijangka, penyanyi Jaclyn Victor muncul sebagai juara program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Kemenangan itu sekali gus menewaskan lima peserta lain yang bertanding pada peringkat akhir iaitu Shila Amzah, Tomok, Hazrul Nizam, Bob Yusof dan kumpulan V.E.

Kemenangan itu membolehkan Jaclyn Victor membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000, pakej percutian ke Paris berserta sebuah trofi.

bob 2

Bob Yusof naib juara GV9.

Pada pertandingan peringkat akhir itu, Jaclyn mempertaruhkan dua buah lagu iaitu It's All Coming Back to Me Now dan This Is Me.

Naib juara pula milik Bob Yusof manakala peserta kegemaran, Shila Amzah terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

ARTIKEL BERKAITAN: Impian ke final musnah, Dina Nadzir dan Fuad Rahman tersingkir separuh akhir GV9

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Fuad Rahman rancang menetap di Kuala Lumpur, mahu rancakkan kembali karier nyanyian selepas tersingkir GV9

Bob membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, pakej percutian ke Dubai dan Abu Dhabi berserta trofi.

Shila pula mendapat hadiah wang tunai RM30,000, pakej percutian ke Seoul dan sebuah trofi.

Dalam pada itu, penyanyi Tomok pula mendapat tempat keempat manakala kumpulan V.E. kelima dan Hazrul Nizam terakhir.

shila amzah

Shila terpaksa berpuas hati ditempat ketiga.

Bagaimanapun kesemua peserta berkenaan tidak pulang dengan tangan kosong apabila Tomok menerima wang tunai RM20,000, pakej percutian ke Chiang Mai.

V.E. pula mendapat RM15,000 berserta pakej percutian ke Vietnam dan Hazrul pulang menerima RM10,000 berserta pakej percutian ke Jakarta.

Kesemua mereka turut membawa pulang sebuah trofi.

jac 2

Kehebatan Jac tak dapat disangkal.

Dalam perkembangan lain, Jaclyn Victor diumumkan sebagai pemenang Anugerah Next Level Digi membawa RM5,000 dan Bob Yusof pula penerima Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Manakala anugerah Bintang Memukau Adabi pula dimenangi Jaclyn Victor yang membawa wang tunai RM2,000 serta produk Adabi bernilai RM500.

Pada peringkat akhir itu, GV9 turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Ramlah Ram dan Amelina.

GV9 Dihoskan Nabil Ahamd bersama Elly Mazlein serta menampilkan Datuk Ramli MS, Datuk Shafinaz, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala Datuk Edry Abdul Halim sebagai juri jemputan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain