suria

Impian ke final musnah, Dina Nadzir dan Fuad Rahman tersingkir separuh akhir GV9

Dina dan Fuad tersingkir di peringkat separuh akhir GV9.

IMPIAN Dina Nadzir dan Fuad Rahman mara ke final program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) terkubur apabila mereka diumumkan peserta tersingkir pada peringkat separuh akhir yang berlangsung pada malam Ahad.

Pada minggu separuh akhir berkenaan, Dina hanya mendapat markah sebanyak 59.20 manakala Fuad hanya 58.30 daripada tiga barisan juri profesional yang mengadili persembahan mereka.

Salah seorang juri, Hetty Koes Endang memberitahu persembahan solo Dina menerusi lagu Bukan Dia Tapi Aku tidak memuaskan apatah lagi dia tidak perlu membuat terlalu banyak penambahbaikan kerana ia merbahaya.

"Lagu ini sangat berat. Kekurangannya kamu selalu menurun. Bukan semua kamu perlu improvise. Itu membahayakan kamu," katanya.

Shila Tomok Jac

Shila, Tomok dan Jaclyn mara ke final.

Menerusi persembahan solo Fuad pula, Hetty berterus terang nadanya lari dan agak berbeza mungkin disebabkan menyanyikan lagu berentak balada.

Cara nyanyian kamu malam ini sangat berbeza. Kami tahu kamu memang selesa menyanyi lagu genre itu. Banyak sekali out of tune... dengar semula nanti," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga ciuman Nabil Ahmad buat Ramli MS, dikejutkan dengan kek hari jadi di pentas GV9

ARTIKEL BERKAITAN: Hadir beri sokongan pada Shila Amzah di GV9, ND Lala dan isteri lenyapkan spekulasi rumah tangga bermasalah

Pada pusingan solo, Fuad menyanyikan lagu Di Alam Fana Cintamu nyanyian asal kumpulan Fotograf manakala bagi battle, penyanyi kelahiran Singapura itu berduet dengan Dina menerusi lagu Boneka (Erni Zakrie).

Sementara itu, Jaclyn Victor sekali lagi berada di tempat teratas dengan markah 84.35 diikuti Shila Amzah (79.20) dan Bob Yusof tempat ketiga (78.70).

Tiga lagi peserta yang mara ke peringkat akhir adalah Tomok, Hazrul Nizam dan kumpulan V.E.

Dalam pada itu, Dina Nadzir menerima anugerah Juara Next Level pada minggu ini, manakala Shila Amzah pula diumumkan pemenang anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.

0B609AB0-184C-4086-9647-D3D5ABC184DD

Bob menyerlah di peringkat separuh akhir GV9.

Selain Hetty, separuh akhir GV9 separuh akhir turut menampilkan juri Datuk Ramli MS dan Datuk Syafinaz Selamat.

Pentas separuh akhir GV9 menyaksikan dua pusingan iaitu lagu solo dan duet.

Istimewanya minggu ini, Ratu Rock Ella hadir sebagai penyanyi undangan menghiburkan penonton dengan dua lagu iaitu Permata Biru dan Luluh.

GV9 menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai hos yang turut disiarkan menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain