suria

Hadir beri sokongan pada Shila Amzah di GV9, ND Lala dan isteri lenyapkan spekulasi rumah tangga bermasalah 

Shila bersama ibu bapanya.

KELIBAT ibu bapa penyanyi Shila Amzah iaitu Datuk ND Lala dan isteri Datin Fauziah Sarman yang hadir ke peringkat separuh akhir Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) pada malam Ahad mencuri tumpuan.

Kehadiran kedua-dua mereka sekali gus melenyapkan spekulasi bahawa rumah tangga penyanyi era-80 itu yang sebelum ini dikatakan sedang dilanda bermasalah.

Apatah lagi, kelibat ND Lala yang sebelum ini sering berada di sisi Shila tidak lagi kelihatan termasuk sepanjang penyanyi itu menyertai GV9.

WhatsApp Image 2022-11-20 at 10.30.10 PM

Shila ketika membuat persembahan pusingan pertama.

ND Lala sebelum ini menjadi tulang belakang Shila ketika menyertai pertandingan nyanyian di China iaitu Asian Wave musim pertama dan I Am A Singer musim kedua.

Turut hadir adalah adik Shila yang juga penyanyi Shada Amzah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman mengajar Shila Amzah jadi lebih matang... ‘tak kuasa’ melayan komen netizen terus pertikai penyertaannya dalam GV

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Shila Amzah dedah hidap anxiety, punca persembahan merosot di pentas GV9

Sebelum ini Shila pernah menafikan ibu bapanya sudah berpisah namun mengakui perkahwinan ibu bapanya sedang diuji selepas 33 tahun mendirikan rumah tangga.

Pada peringkat separuh akhir yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam itu, Shila akan menyampaikan lagu Sang Dewi nyanyian asal Titi DJ dan lagu duet bersama Jaclyn Victor, Sampai Bila (Misha Omar).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain