suria

“Semua kisah lama saya dah buang” - Amelina enggan nama dikaitkan dengan lelaki seret isteri

Amelina tidak mahu dikaitkan dengan video yang tersebar.

PENYANYI dangdut Amelina meminta orang ramai tidak mengaitkan namanya dengan penularan sebuah video keganasan rumah tangga yang sedang tular ketika ini.

Amelina atau Norazlina Amir Sharipuddin, 48, berkata, lelaki dalam video berkenaan yang didakwa sebagai bekas suaminya tiada kena mengena dengan dirinya dan meminta perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

"Saya tak mahu komen kerana hal itu tiada kaitan pun dengan saya. Tentang video tersebut biarlah pihak berkuasa yang buat siasatan," katanya.

Dalam pada itu, Amelina menjelaskan sekiranya benar lelaki dalam video berkenaan adalah bekas suaminya sekali pun, dia enggan masuk campur kerana mereka tidak lagi mempunyai sebarang kaitan.

amelina 2

Amelina sudah melupakan kisah lampau.

Katanya lagi, dia sudah melupakan semua perkara tentang kehidupan lampaunya dan kini mempunyai kehidupan baharu bersama anak-anak.

"Sama ada dia suami saya atau tidak, itu adalah perkara lama. Semua kisah lama saya dah buang dan sekarang saya bersama anak-anak mempunyai kehidupan baru," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak cukup seret, dipijak pula! Lelaki zalim dera isteri separuh mati... Saksi dakwa pelaku bekas suami penyanyi dangdut

ARTIKEL BERKAITAN: “Perempuan ni bukan mainan” - Afiq Muiz beri peringatan, Da'i Syed anggap ia sekadar nasihat

Tambah Amelina, dia berharap namanya tidak dikaitkan dengan insiden tersebut kerana ia boleh membuatkan dia terkenang kenangan pahit.

"Minta maaf, bukan saya tak kesian tetapi apabila namanya disebut-sebut secara tak langsung ia menggamit memori lampau yang tidak mahu saya ingat lagi," katanya.

Terdahulu, tular sebuah rakaman memaparkan seorang wanita menjadi mangsa keganasan rumah tangga dipercayai dilakukan oleh suaminya sendiri.

Video lelaki memukul wanita dipercayai isterinya mula tular sejak Khamis.

Video lelaki memukul wanita dipercayai isterinya mula tular sejak Khamis.

Dalam rakaman berdurasi seminit 11 saat itu, wanita berkenaan bukan sahaja diseret tetapi dipijak dan dipukul meskipun sudah merayu agar lelaki berkenaan menghentikan perbuatannya.

Saksi yang memuat naik video berkenaan di laman sosial mendakwa lelaki berkenaan adalah bekas suami kepada penyanyi dangdut terkenal dan netizen mula membuat spekulasi ia adalah Amelina.

Untuk rekod, Amelina pernah berkahwin dengan Reduan Mahamood pada 26 April 1999 sebelum bercerai selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan enam orang cahaya mata.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain