suria

Pengalaman mengajar Shila Amzah jadi lebih matang... ‘tak kuasa’ melayan komen netizen terus pertikai penyertaannya dalam GV

Shila Amzah akui sikapnya kini jauh lebih matang berbanding dahulu.

SEMAKIN matang berdepan cabaran sebagai seorang anak seni, penyanyi Shila Amzah berkata dia kini memilih untuk tidak membaca sebarang komen negatif yang ditulis netizen di laman sosial.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 32, berkata ini termasuklah komen netizen yang masih tidak berpuas hati dengan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

"Syukur Alhamdulillah untuk GV kali ini saya sudah betul-betul sudah tidak membaca lagi komen netizen.

"Sebelum ini saya masih membaca komen mereka kerana kadang-kadang di sebalik komen itu terselit satu dua nasihat yang baik.

shila2

Shila tidak membaca komen netizen yang tidak berpuas hati dengan penyertaannya di GV9.

"Kini saya tidak membaca kerana ia agak menakutkan. Siapa yang memberi komen negatif saya tidak lagi peduli kerana apa-apa pun rezeki kita terletak di tangan tuhan," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Takkan nak masuk Big Stage pula” - Shila Amzah sudah bersedia dikritik di pentas Gegar Vaganza 9

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah mohon maaf tetap dikecam, Shila Amzah bukan ‘punching bag’ pelepas kemarahan

Sementara itu, penyanyi lagu Patah Seribu ini mengakui dirinya lebih matang dalam menilai sesuatu perkara berbanding ketika dia masih 'berdarah muda' dahulu.

"Sudah tentu sikap kematangan mengajar saya untuk lebih tenang. Saya membesar di mata umum dan ia tidak mudah bagi saya.

shila1

Menginjak usia 32 tahun, sudah matang untuk tidak melayan komen negatif.

"Saya menjadi dewasa ini di mata masyarakat. Di kala saya mula dikecam seawal kemunculan platform media sosial kira-kira 11 tahun yang lalu.

"Pada ketika itu saya masih terlalu mentah dan tidak matang untuk menggunakan sosial media,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain