suria

[VIDEO] “Takkan nak masuk Big Stage pula” - Shila Amzah sudah bersedia dikritik di pentas Gegar Vaganza 9

SEJAK senarai peserta program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) diumumkan pada malam Selasa, ramai mempertikaikan penglibatan penyanyi hebat seperti Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Tomok memandangkan masing-masing masih bergiat aktif dalam dunia seni.

Bagi Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 32, dia tidak menganggap penyertaannya sebagai tidak sesuai sebaliknya tempoh 22 tahun bergelar anak seni melayakkannya menyertai GV9.

Tidak hanya itu, bagi Shila, dia melihat GV9 sebagai platform terbaik buat dirinya untuk terus berkarya sebagai penyanyi.

"Pada akhirnya, GV9 merupakan platform untuk saya tunjukkan apa yang saya ada.

Shila

Shila pernah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sepanjang kariernya.

"Kalau nak diikutkan takkan saya nak masuk Big Stage pula, Gegar Vaganza adalah platform saya memandangkan sudah 22 tahun bergelar penyanyi," katanya kepada mStar.

Shila berkata demikian ketika ditemui pada sidang media memperkenalkan 13 peserta GV9 yang akan mula bersiaran pada 18 September ini di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah mohon maaf tetap dikecam, Shila Amzah bukan ‘punching bag’ pelepas kemarahan

ARTIKEL BERKAITAN: Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Tomok antara 13 finalis Gegar Vaganza musim ke-9

Selain Shila, Jaclyn dan Tomok, GV9 tahun ini turut menyaksikan penyertaan Bob Yusof, Tom, Pat Candy, Asheed Def Gab C, Roy Kapilla, Fuad Rahman, Hazrul Nizam, Haida, Dina Nazir dan kumpulan VE.

Sementara itu, Shila berkata, meskipun sudah terbiasa menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sebelum ini, perasaan gemuruh tetap ada selain bimbang persembahannya tidak mencapai tahap sehingga dikecam penonton.

"Pada awalnya saya memang teragak-agak untuk sertai GV9 sebab saya ada terfikir yang orang akan kritik tetapi itulah cabarannya apabila masuk bertanding," ujarnya.

Sebelum ini, Shila pernah menyertai beberapa pertandingan dalam dan luar negara seperti Shanghai World Star Quest 2008 (juara), Asian Wave 2012 yang diadakan di Shanghai, China (juara), I Am A Singer 2014 di China (tempat ketiga) dan One In A Million musim kedua (tempat kedua).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain