suria

Angkat elemen permainan tradisional dalam ‘Nenek Bongkok Tiga’, penerbit perjelas bukan ‘Squid Games’ versi Melayu

Nenek Bongkok Tiga menampilkan Datin Sofia Jane sebagai salah seorang pelakon utama.

PLATFORM penstriman Viu bakal menayangkan sebuah drama bersiri seram thriller berjudul Nenek Bongkok Tiga yang akan membuatkan penonton tidak senang duduk ketika menyaksikannya.

Penerbit Nenek Bongkok Tiga, Zurina Ramli drama tersebut mempunyai eleman seperti siri popular Squid Games dari Korea Selatan namun dalam versi tempatan.

Jelasnya lagi, idea menghasilkan drama tersebut sudah dibuat sebelum Squid Games ditayangkan namun atas beberapa faktor baru sekarang ia dapat dilaksanakan.

"Sebenarnya idea drama ini datang sebelum Squid Games tetapi menerusi Nenek Bongkok Tiga ia menampilkan permainan tradisional tempatan seperti batu seremban dan enjit-enjit semut.

DSC03732

Drama Viu Original ini menghimpunkan ramai pelakon berbakat besar.

"Tidak hanya setakat permainan tradisional masyarakat Melayu, menerusi drama ini juga kami berpeluang bercakap dengan penulis dari Indonesia dan banyak persamaan di antara dua budaya yang menjadikan projek ini nusantara," katanya.

Nenek Bongkok Tiga baharu sahaja selesai menjalani penggambaran pada 11 Ogos lalu selepas 55 hari penggambaran dijalankan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangkitkan semangat Kemerdekaan dengan drama-drama Viu ‘Lokal Lah’ sehingga 19 September ini!

ARTIKEL BERKAITAN: Drama Sci-Fi dengan citarasa sitkom tempatan, siri Viu Original ‘AI.5YA’ bawa penonton selami sudut pandang sebuah robot

Siri Viu Original itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Hun Haqeem, Sara Ali, Syafie Naswip, Meerqeen, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Fimie Don, Sara Mack Lubis dan Rykarl Iskandar.

Tidak ketinggalan drama arahan Datuk Yusry Abdul Halim ini turut menampilkan Datin Sofia Jane dan Sherie Merlis.

DSC00698

Idea menghasilkan Nenek Bongkok Tiga sudah dibuat sebelum Squid Games ditayangkan.

Dalam pada itu, Zurina memberitahu ia adalah naskhah ketiganya bekerjasama dengan Viu selepas dua drama adaptasi dari Korea itu Black musim kedua dan She Was Pretty.

Zurina berkata, pemilihan Yusry sangat tepat kerana pengarah tersebut mempunyai imaginasi luar dalam memastikan lakon layar dan skrip drama itu dapat diterjemahkan dalam bentuk visual.

"Bekerja dengan Yusry memang pengalaman luar biasa kerana beliau seorang pengarah yang kreatif dan mempunyai visi tersendiri bagi menterjemahkan sesuatu dalam bentuk visual.

"Apatah lagi visi Yusry dan saya sama untuk drama ini yang mahu menerbitkan sebuah produk berkualiti untuk penonton," jelasnya.

DSC09340

Yusry ketika mengarahkan salah satu babak dalam Nenek Bongkok Tiga.

Nenek Bongkok Tiga mengisahkan tentang lapan individu yang dijadikan tebusan dalam sebuah rumah agam di tengah hutan Bukit Luruh yang terkenal dengan kisah orang hilang.

Rumah itu yang didiami oleh seorang nenek dan mendakwa kumpulan itu sudah menceroboh kawasan makhluk bergelar 'Tuan Tanah' dan harus menyelesaikan beberapa perkara sekiranya ingin keluar daripada kediaman berkenaan.

Kesemua mereka yang terperangkap pada awalnya bekerjasama menyelesaikan cabaran diberikan 'Tuan Tanah' namun pada akhirnya mereka mengkhianati antara satu sama lain bagi menyelamatkan diri.

Dalam terdesak untuk keluar dari situ, satu persatu rahsia besar Bukit Luruh mula terbongkar dan identiti sebenar nenek turut terjawab.

Nantikan siri Viu Original - Nenek Bongkok Tiga akan datang 2023 hanya di Viu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain