suria

Bangkitkan semangat Kemerdekaan dengan drama-drama Viu ‘Lokal Lah’ sehingga 19 September ini!

Pelbagai drama bersiri menarik yang boleh ditonton di Viu Malaysia sepanjang bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

BERSEMPENA dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-65 dan Hari Malaysia pada 16 September ini, apa kata naikkan semangat patriotik dengan menonton pelbagai seleksi drama tempatan di Viu 'Lokal Lah' Malaysia.

Bermula sekarang sehingga 19 September ini, platform penstriman Viu akan menghidangkan pelbagai drama siri Viu Original Malaysia yang menampilkan bakat-bakat tempatan seperti Remy Ishak, Tiara Jacquelina, Julia Farhana dan Tony Eusoff.

Tidak ketinggalan Aqasha, Douglas Lum, Nabila Huda, Fattah Amin, Syafiq Kyle, Marsha Milan dan ramai lagi.

Rebut peluang ini untuk kembali menyaksikan 10 siri Viu Original popular seperti Isteri Misteri, Jibril, Kopitiam: Double Shot selain drama yang memenangi anugerah iaitu Keluarga Baha Don, Salon, The Bridge dan Black.

Viu Lokal Lah

Langgan Viu Lokal Lah selama setahun dengan hanya RM65!

Dua drama terbaharu She Was Pretty dan AI.5YA juga boleh ditonton!

Paling penting, bagi pelanggan baharu platform OTT terkemuka ini, Viu Malaysia sedang menawarkan langganan selama setahun Lokal Lah dengan harga RM65 sahaja berbanding harga asal RM99.90.

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle terbawa-bawa watak Nadia di luar set penggambaran, ‘She Was Pretty’ versi Malaysia tambat hati penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Drama Sci-Fi dengan citarasa sitkom tempatan, siri Viu Original ‘AI.5YA’ bawa penonton selami sudut pandang sebuah robot

Harga promosi ini boleh didapati melalui Apple App Store, Google Play, MOLPay serta Huawei App Gallery.

Promosi ini berlangsung dari sekarang sehingga 19 September 2022

Tidak tahu nak tonton apa di Viu Malaysia? Berikut adalah 12 senarai drama yang boleh ditonton sepanjang musim bulan Kemerdekaan ini!

Isteri Misteri 16x9 title

1. Isteri Misteri

Rizal yang mengamalkan poligami tidak menyangka rumah tangga yang dibina bakal hancur. Ini disebabkan dia menerima ramalan daripada seorang dukun bahawa salah seorang isterinya akan membunuhnya.

Tetapi persoalannya, isteri yang mana satu?

Menampilkan lakonan mantap Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Sharifah Sakinah dan Azira Shafinaz - drama lucu ini pasti mencuit hari ramai.

Tonton di sini: Tonton di sini: https://www.viu.com/ott/my/ms/all/playlist-isteri_misteri-playlist-26270432

Keluarga Baha Don 16x9 title

2. Keluarga Baha Don

Pemenang Anugerah Asian Academy Creative Awards 2019 menerusi Persembahan Komedi Terbaik, Keluarga Baha Don mengisahkan kehidupan sebuah keluarga mafia yang kehilangan ketuanya.

'Bisnes keluarga' tersebut diambil alih oleh Jo Don yang sebelumnya bekerja sebagai cef di Perancis.

Tampil tiga musim dengan 30 episod, komedi Viu Original ini menampilkan bakat-bakat papan atas Malaysia seperti Remy Ishak, Khir Rahman, Susan Lankester, Amy Mastura dan Datin Seri Tiara Jacquelina.

Tonton di sini: https://www.viu.com/ott/my/ms/all/playlist-keluarga_baha_don-playlist-25971110

Salon 16x9 title

3. Salon

Drama diarahkan oleh Kabir Bhatia ini merupakan pemenang Anugerah Asian Academy Creative Awards 2019 untuk Arahan Terbaik di Malaysia dan Drama Original Terbaik oleh OTT bagi peringkat nasional.

Salon mengisahkan tentang Anna yang membuka sebuah pusat kecantikan yang menjadi buah mulut orang ramai.

Akan tetapi, Anna mempunyai masa silam yang gelap dan sedang berusaha mencari pembunuh keluarganya dan tidak takut untuk mengambil tindakan sendiri bagi mencari sebuah kebenaran.

Menampilkan lakonan Julia Farhana, Josiah Hogan, Idris Khan dan Iman Corinne Adrienne, drama seram ini pasti menarik perhatian peminat genre misteri.

Tonton di sini: https://www.viu.com/ott/my/ms/all/playlist-salon-playlist-25748665

Jibril 16x9 title

4. Jibril

Jibril mengisahkan seorang peguam yang ditarik ke dalam konspirasi besar apabila menerima lawatan daripada Kapten John mengenai kematian seorang saintis kecerdasan buatan (artificial intelligence).

Kedua-dua watak utama ini bekerjasama mengejar organisasi Zerkala yang sedang menyasarkan syarikat-syariakt teknologi dengan kepercayaan bahawa ia berupaya menindas golongan marhaen.

Diarahkan oleh Megat Sharizal, drama ini dibintangi oleh Aeril Zafrel, Tony Eusoff, Lisah Surihani dan Sanggeta Krishnasamy.

Tonton di sini: https://www.viu.com/ott/my/ms/all/playlist-jibril-playlist-25783193

Devoted 16x9 title

5. Devoted

Drama seorang ibu yang kehilangan suami dan anaknya, Devoted mengisahkan tentang kehidupan Eva yang porak-peranda.

Eva kemudian mendapat tahu bahawa suami dan anaknya telah menyertai organisasi yang sedang bersedia menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Drama arahan Tony Pietra Arjuna adalah sebuah produksi Viu Original yang menampilkan barisan pelakon seperti Sharnaaz Ahmad, Iman Corinne Adrienne, Aqasha, Faizal Hussein dan Gen Darwish.

Tonton di sini: https://www.viu.com/ott/my/ms/all/playlist-devoted-playlist-25916060

Kopitiam Double Shot 16x9 title

6. Kopitian: Double Shot

Menghidupkan kembali sitkom zaman 90-an, Kopitiam: Double Shot membawa kembali bintang-bintang asal siri itu bersama pelakon generasi baru.

Mengisahkan tentang sebuah kopitiam yang telah dijual kepada Steven lakonan Douglas Lim yang kini ingin menjual perniagaannya, beberapa pelanggan tetapnya menyuarakan hajat hendak membeli kopitiam tersebut.

Alia bersama teman rapatnya Seleb bersama geng baharu mereka menghidupkan kembali kopitiam tersebut dengan pelbagai kisah lucu zaman kini.

Komedia ini mengingatkan semula rakyat Malaysia kepada siri asalnya yang pernah ditayangkan pada era 90-an.

Selain Douglas Lim, Kopitiam: Double Shot menampilkan Sharifah Amani, Melissa Campbell, Harvinth Skin, Charles Roberts dan Rashid Salleh.

Tonton di sini: https://www.viu.com/ott/my/ms/all/playlist-kopitiam_double_shot-playlist-26106428

The Bridge 16x9 title

7. The Bridge

Drama Viu The Bridge Musim 1 Original lakonan Bront Palarae dan Rebecca Lim ini adalah pemenang anugerah Drama Bersiri Terbaik dan Adaptasi Terbaik peringkat nasional di Asian Academy Creative Awards pada 2019.

Kisah The Bridge bermula apabila mayat ditemui di Jambatan Tuas di antara Malaysia dan Singapura dan memerlukan detektif Megat Jamil dari Malaysia perlu bekerjasama dengan dekektif Singapura, Serena Teo untuk menyelesaikan kes berkenaan.

Sementara itu, The Bridge Musim kedua menyaksikan kemunculan pelakon Miller Khan yang mengisahkan kapal mewah di Singapura yang terdampar di pantai Johor dengan mayat-mayat sekeluarga dari Indonesia.

Musim kedua Viu Original ini turut memenangi pelbagai anugerah di Asian Academy Creative Awards pada 2020.

Tonton di sini: https://www.viu.com/ott/my/ms/all/playlist-the_bridge-playlist-25811562

Black 16x9 title

8. Black

Drama fantasi percintaan ini mengisahkan bunian bernama Black dengan misi mencari pelarian di dunia manusia.

Black merasuk mayat seorang anggota polis yang telah mati iaitu Malik dengan tujuan menyiasat dunia manusia.

Sewaktu melakukan siasatan, Black telah mula jatuh cinta dengan Sofia, wanita yang berkuasa melihat hantu dan masa depan.

Adaptasi drama Korea sepanjang dua musim ini menengahkan lakonan Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Khir Rahman, Zoey Rahman, Azman Hassan, Rashidi Ishak dan Juzzthin.

Kedua-dua musim drama Viu Original ini merupakan pemenang Asian Academy Creative Awards pada tahun 2020 dan 2021.

Tonton di sini: https://www.viu.com/ott/my/ms/all/playlist-black_malaysia-playlist-26156828

Ganjil_16x9-title

9. Ganjil

Drama Viu Original Ganjil yang dilancarkan pada tahun lalu menampilkan lakonan hebat Diana Danielle, Fattah Amin, Izzue Islam dan Fatin Afeefa.

Diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim, Ganjil mengisahkan tentang Amry seorang jurutera It dan Nabila seorang pempengaruh media sosial yang bertemu di alam mimpi.

Setalah sekian lama berkawan di alam mimpi, mereka terfikir bagaimana sekiranya mereka bertemu dalam sedar. Akan tetapi, adakah Amry dan Nabila boleh mengatasi trauma masing-masing agar boleh bersua muka?

Tonton di sini: https://www.viu.com/ott/my/ms/all/playlist-ganjil-playlist-26271928

KV-Horizontal-FA

10. Seribu Nina

Seribu Nina mengisahkan tentang pasangan yang berbeza personaliti iaitu Amar, seorang pensyarah muda yang teliti dan skema manakal Nina teman wanitanya yang bekerja sebagai barista sebuah kafe bersikap spontan.

Ketika Amar dalam dilema setelah dilamar Nina, satu peristiwa tidak dijangka telah berlaku. Nina menyembunyikan siapa dirinya yang sebenar telah diculik.

Pada masa yang sama, Nina juga sedang diburu oleh Didi, seorang pemburu upahan daripada dimensi lain.

Amar kemudian memulakan pengembaraannya merentas seribu dimensi bersama Didi untuk mencari Nina. Perjalanan pasangan ini menyebabkan mereka menemui kebenaran tentang perasaan antara satu sama lain, sambil membentuk persahabatan dengan penghuni dimensi lain di sepanjang perjalanan mereka.

Drama ini menggambarkan perjalanan epik penemuan diri dan hubungan di alam yang penuh dengan kebarangkalian, di samping belajar untuk menerima takdir, mengambil risiko dan menerima kelemahan masing-masing.

Menampilkan lakonan Syafiq Kyle, Adriana Adnan dan Marsha Milan, drama Viu Original berpaksikan fantasi dan cinta ini telah mendapat pujian ramai dengan jalan ceritanya yang sangat unik.

Tonton di sini: https://www.viu.com/ott/my/ms/all/playlist-seribu_nina-playlist-26272831

SWP FINAL HORIZONTAL

11. She Was Pretty

She Was Pretty adalah sebuah drama komedi romantik, yang menceritakan kisah dua orang sahabat lama, Nadia dan Haniff, yang bertemu semula setelah menjalani perubahan besar dari segi nasib hidup dan penampilan diri mereka, di mana penceritaannya adalah berlatarbelakangkan majalah fesyen.

Diadaptasikan daripada drama Korea dengan nama yang sama, drama Viu Original arahan Datuk Yusry Abdul Halim ini menampilkan lakonan Diana Danielle, Aiman Hakim Ridza, Daniella Sya dan Alvin Chong.

Tonton di sini: https://www.viu.com/ott/my/ms/all/playlist-she_was_pretty_malaysia-playlist-26272895

AI5YA_FINAL

12. AI.5YA

AI.5YA, Viu Original ketiga tahun 2022, mengisahkan tentang Jehan yang mengendalikan satu saluran komedi atas talian yang kehilangan pembantunya kerana aksi prank yang melampaui batas.

Sebagai ganti, Dato’ Soffar, pemberi dana untuk Jehan telah mengaturkan pemberian sebuah android serba boleh bagi membantu kerja-kerja penggambaran. Walaubagaimanapun, satu kekeliruan telah mengakibatkan Jehan menerima AI.5YA, sebuah robot peneman.

Akan tetapi, apabila video-video Jehan bersama AI.5YA menjadi viral, beliau terpaksa merahsiakan identiti sebenar AI.5YA daripada peminat dan saingan, termasuklah Maya, saingan terdekatnya.

AI.5YA adalah hasil karya Datuk Afdlin Shauki, yang juga memainkan peranan sebagai pengarah dan pelakon tambahan di dalam siri ini. Ia juga merupakan menampilkan lakonan Zizan Razak, Mia Sara Shauki, Ozlynn Wati, Elly Arifin dan ramai lagi.

Tonton di sini: https://www.viu.com/ott/my/ms/all/playlist-ai_5ya-playlist-26273106

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain