RAMAI beranggapan individu yang mengambil cuti sakit atau MC sengaja mahu mengelak daripada bekerja, sedangkan ada kalanya mereka benar-benar tidak sihat dan memerlukan rehat secukupnya.Situasi itu turut dialami seorang wanita yang sukar mendapatkan sijil cuti sakit (MC) daripada doktor di klinik kerajaan walaupun dia sedang mengalami sakit perut yang teruk sehingga kerap berulang-alik ke tandas. Keadaan itu memaksa dia memohon cuti sakit kerana bimbang kesihatannya yang terganggu akan menjejaskan tugasan di pejabat.MC boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang mengalami masalah kesihatan termasuk pelajar. -Gambar hiasan AI"Sudah lima bulan saya tak ambil MC. Hari ni sakit perut asyik nak ke tandas, memang terpaksa ambil MC. Tapi doktor tak bagi."Dia cuma cakap... bukan salah saya kamu sakit perut, kemudian tak nak pergi kerja," luah wanita tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Ponteng sekolah sebab bangun lewat, ibu tak tahu malu minta MC sampai dua hari! Doktor kecewa anak diajar menipuARTIKEL BERKAITAN: Ibu hamil titip doa kepada doktor lelaki, sedih sangat dituduh sengaja guna alasan ‘cramp’ untuk dapat MC!Menurut wanita itu, dia sendiri bukannya mahu mengambil mudah soal kerja, namun kekerapan ke tandas membuatkannya langsung tidak selesa untuk meneruskan tugasan harian."Kalau boleh saya pun tak nak MC, tapi penat asyik nak terberak saja. Takkan saya datang kerja untuk berak?," katanya.Buntu dengan situasi itu, wanita berkenaan mendakwa dia terpaksa beralih mendapatkan rawatan di klinik swasta sebelum doktor di situ akhirnya meluluskan cuti sakit buatnya.Wanita mendakwa doktor klinik kerajaan enggan memberikan MC ketika dia mengalami sakit perut.Sudah lima bulan tidak mengambil MC, dia mendakwa terpaksa berulang kali ke tandas.Wanita itu akhirnya mendapatkan rawatan di klinik swasta sebelum diberikan MC.Netizen berkongsi pengalaman berdepan layanan kurang menyenangkan ketika memohon MC.Seorang wanita mendakwa suaminya pernah diperlekeh doktor sebelum dimasukkan ke hospital selama seminggu akibat masalah buah pinggang.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian tersebut mengundang perhatian ramai di media sosial, dengan rata-rata netizen bersetuju bahawa sikap segelintir individu yang suka menipu mendapatkan MC akhirnya menyusahkan pesakit benar-benar memerlukan."Suami saya hari tu macam ni juga, siap kena perlekeh oleh doktor. Tak tahan sangat terpaksa pergi klinik swasta, akhirnya suami saya kena pergi kecemasan dan seminggu ditahan sebab masalah buah pinggang."Saya pernah dimalukan macam ni, dia kata tunggu saya jatuh pengsan baru dapat MC," komen warga maya.