SALAH guna sijil cuti sakit (MC) bukan perkara baharu, namun sikap segelintir individu yang mengajar anak menipu mengundang rasa kecewa seorang doktor.Seorang doktor berkata meluahkan rasa kecewa apabila berdepan seorang ibu yang membawa anaknya berusia 13 tahun ke klinik semata-mata untuk mendapatkan cuti sakit walaupun tidak mengalami sebarang sakit. Menurutnya, ibu terbabit sendiri mengakui anaknya tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan tidak memerlukan ubat namun meminta diberikan MC disebabkan anaknya terlewat bangun ke sekolah.Doktor akan segera memberikan MC sekiranya pesakit benar-benar tidak sihat. -Gambar hiasan AI“Datang klinik, beritahu anak tak sakit apa-apa, tak perlu beri ubat, cuma nak MC.“Bila ditanya kenapa tak pergi sekolah, maknya yang jawab, bangun lewat pagi tadi sambil tersengih,” katanya.Lebih mengejutkan doktor tersebut, wanita itu turut meminta MC selama dua hari seolah-olah ia boleh ditempah mengikut kehendaknya.“Siap minta nak MC dua hari. Macam itu sahaja dia order MC,” katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kena ugut dilapor ke SISPAA, ibu murid tadika bengang tak dapat MC nak jaga anak demam - “Dia kata aku kejam”ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun cop dan nama doktor tak berubah, HR baru sedar staf serah MC palsu! 2026 masih guna ‘template’ Microsoft WordDoktor berkenaan berkata, dia berasa kecewa apabila remaja semuda itu sudah didedahkan kepada perbuatan sedemikian.“Kalau jenis mak kaki MC, lantaklah. Kamu tanggung sendiri nanti tapi yang kesian apabila anak pun jadi mangsa.“Anak baru 13 tahun sudah diajar macam ini,” katanya.Menurutnya, permintaan tersebut akhirnya tidak diluluskan dan dia menjangkakan wanita berkenaan mungkin tidak akan kembali ke klinik itu selepas ini.Ibu membawa anak berusia 13 tahun ke klinik walaupun tidak sakit untuk mendapatkan MC.Doktor terkejut apabila ibu mengakui anaknya tidak sakit dan bangun lewat.Lebih mengejutkan, ibu itu meminta MC selama dua hari.Doktor kecewa apabila anak kecil dididik memanipulasi sistem kesihatan.Netizen menyelar tindakan ibu yang dianggap memberi contoh buruk kepada anak.Ringkasan ini dijana oleh AI“Speechless pagi-pagi nak kena hadap orang macam ini. Takkanlah tak ada secebis rasa malu dalam diri? Saya pula yang terasa malu,” katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpandangan didikan ibu tersebut akan menyebabkan anaknya terikut-ikut sikap tidak bermoral tersebut."Ramai mak bapak macam ni. Mengajar bukan-bukan. Menjahanamkan anak sendiri. Nanti dah masuk universiti pun jadi kaki MC. Tak siap tugasan je MC."Malunya, aku tak sanggup nak menipu MC macam ni, risau anak betul-betul jatuh sakit. Kalau lambat biar je dia kena marah dengan cikgu," komen warga maya.