suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aktivis tak kisah dituduh tiru Syed Saddiq... Larian amal kumpul hampir RM6,000, bantu remaja miskin sambung belajar di IPG

Edy memeluk bapa Alfelius sejurus menamatkan larian 160km.

AKTIVIS kebajikan Sabah, Adrian Edy tidak berkecil hati apabila dituduh meniru idea Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas melakukan larian amal bagi mengutip dana.

Menurut Edy, 30, dia terinspirasi dengan Ahli Parlimen Muar itu dan menganggap larian berkenaan sebagai bukti kesungguhannya mengutip dana bagi membantu insan memerlukan.

"Memang ada orang cakap saya tiru Syed Saddiq. Tapi bagi saya, program 'Edy Run For Hope' ini satu cara untuk bantu mereka yang memerlukan bantuan kewangan.

Edy bergambar bersama Alfelius (dua dari kiri) dan ahli keluarganya. 

"Orang lebih terbuka untuk menderma bila nampak usaha saya melakukan larian. Jadi saya rasa tiada masalah tiru benda baik," ujarnya kepada mStar.

Pada Selasa, Edy melakukan larian amal sejauh 160 kilometer (km) dari Kota Kinabalu ke Kampung Tagibang, Kota Marudu.

Larian itu bertujuan mengumpul dana sebanyak RM3,000 bagi membantu seorang remaja, Alfelius Kasrin, 17, yang bakal mendaftar ke Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, 10 Ogos depan.

  • Adrian Edy lakukan larian amal 160km bagi membantu remaja miskin di Sabah.
  • Dia berjaya mengumpul hampir RM6,000 melalui larian selama dua hari itu.
  • Duit berkenaan diserahkan kepada Alfelius yang bakal memulakan pengajian di IPG pada Ogos.
  • Edy tidak kisah apabila dituduh meniru Syed Saddiq yang melakukan larian bagi mengumpul dana.

"Alfelius merupakan anak kedua daripada tujuh adik beradik yang meraih keputusan 5A, 1B dan 2C dalam peperiksaan Pelajaran Malaysia (SPM).

"Bapanya sebelum ini kerja kampung saja. Kini tak bekerja sebab baru jalani pembedahan kerana ulser dalam perut," ujarnya.

Menurut Edy, dia bersyukur apabila sasaran kutipan dana menjangkaui sasaran asal, sekali gus dapat membantu meringankan beban keluarga berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Seumur hidup tak pernah pergi kedai mainan, kembar Siam teruja ikut ‘influencer’ beli-belah - “Mereka tidak diberi bantuan”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Warga emas ditemui hidup sebatang kara di pondok buruk di hutan - “Dalam dompet cuma ada MyKad”

"Saya mulakan larian pada pukul 3 pagi Selasa dan sampai ke rumahnya 1 tengah hari Rabu. Sepanjang 160 km, saya berlari dan berbasikal.

"Tapi kebanyakannya berlari sebab jalan kurang sesuai untuk kayuh basikal. Saya melalui kawasan bukit, hutan, laluan berbatu, tanah dan sebagainya.

"Kami berjaya kumpul dana RM5,487.61. Duit ini akan digunakan untuk dia beli laptop dan bayar yuran pengajian. Selain itu, bakinya boleh digunakan untuk rawatan bapanya," ujar Edy yang turut ditemani tiga krew sepanjang larian itu.

Tambah Edy, dia merancang untuk melakukan lebih banyak larian amal pada masa akan datang, sekali gus dapat membantu lebih ramai insan memerlukan, khususnya di negeri Sabah.

Artikel Lain