KISAH mengenai pasangan kembar Siam, Adam dan Malika yang berusia 4 tahun ternyata mengundang sebak netizen.Kembar lelaki itu [Tonton Video] bukan sahaja dilahirkan dengan kecacatan fizikal, malah membesar dalam persekitaran serba kekurangan. Menurut aktivis kebajikan dari Sabah, Adrian Edy, ibu bapa mereka menolak usaha untuk memisahkan kembar itu kerana tidak berani menanggung risiko kematian.Edy teruja bercampur sebak ketika pertama kali bertemu kembar Siam itu."Sewaktu imbasan kandungan, mereka nampak macam kembar normal je. Lepas dilahirkan baru tahu mereka berkongsi satu badan. Kemaluan mereka hanya satu."Mereka juga buang air besar melalui beg stoma kerana dilahirkan tanpa lubang dubur. Mama dia kata, ada tawaran pembedahan masa mereka kecil dulu. Tapi risikonya tinggi."Salah seorang berisiko meninggal, manakala yang selamat mungkin tak hidup lama. Jadi ibu bapanya reda, mereka nekad nak jaga kembar tu sampai akhir hayat mereka," ujarnya yang mesra disapa Edy kepada mStar.Aktivis kebajikan Sabah, Adrian Edy melawat kembar Siam di Medan, Indonesia.Edy bertemu keluarga kembar itu bagi menyampaikan bantuan wang dan barang keperluan.Menurut ibunya, kembar itu hanya memiliki satu kemaluan dan dilahirkan tanpa lubang dubur.Mereka tidak menjalani pembedahan untuk dipisahkan kerana risiko kematian yang tinggi.Ringkasan ini dijana oleh AIEdy dan pasukannya bertemu keluarga itu di kediaman mereka di Medan, Indonesia bagi menyampaikan bantuan pada 11 April lalu.Dalam pertemuan itu, Edy memberikan sejumlah wang tunai serta barangan keperluan harian serta mainan bagi membantu kembar Siam berkenaan."Kembar itu ada seorang kakak yang berumur lapan tahun. Mereka tinggal di kawasan pedalaman. Bapanya kerja buruh saja dengan gaji harian RM23. Itu pun bukan setiap hari dipanggil bekerja.ARTIKEL BERKAITAN:Kembar seiras ini sama kacak, sama pekerjaan tapi perangai tak serupa... enggan hanyut dengan pujian - “Pernah bergaduh, tapi sekejap saja”ARTIKEL BERKAITAN:Kembar kacak gembira bertugas di PPV! Kongsi hobi sama tapi ada satu perkara yang mereka ‘pantang’ - “Kami lain dari kembar lain”"Saya tahu kisah mereka melalui media sosial. Ini adalah misi pertama saya di luar negara. Rupanya kembar Siam tu tak pernah pergi kedai mainan seumur hidup mereka."Maklumlah ibu bapanya tiada kereta. Jadi mereka teruja apabila saya bawa membeli-belah. Saya pun seronok tengok mereka gembira ketika terima kunjungan kami," ujar Edy lagi.Dalam pertemuan itu, Edy berkata ibu kepada pasangan kembar berkenaan turut mengadu tentang cabaran yang dilalui mereka dalam kehidupan seharian.Ibu kepada kanak-kanak itu turut berkongsi pelbagai cerita sewaktu dilawati aktivis dari Malaysia."Ibunya pernah hasilkan video TikTok tentang kembar itu. Tapi ada orang kecam dan tuduh dia ambil kesempatan. Malah, ada yang mendakwa kembar itu terkena sumpahan."Jadi, dia terus berhenti kongsi video di TikTok. Mereka sekeluarga juga tak diberi bantuan. Jadi saya harap lebih ramai insan yang boleh bantu mereka selepas ini."Saya sebenarnya teruja jumpa mereka. Kembar itu ceria, aktif dan boleh bercakap macam biasa. Pada masa sama, rasa sedih dan terfikir bagaimana mereka boleh survive. Tapi ini semua aturan Tuhan," kata Edy lagi.