SEKIAN lama memasang impian, pelakon Datin Seri Umie Aida akhirnya meluahkan hasrat untuk diberi peluang bergandingan dengan aktres Indonesia, Christine Hakim.Kata Umie, 53, biarpun sudah lebih 10 tahun mengenali Christine sebagai seorang sahabat, namun dia tidak pernah meluahkan hasrat untuk mereka berlakon bersama. "Walaupun sudah lebih 10 tahun mengenali pelakon hebat dan legenda dari Indonesia, Christine Hakim, baru kali ini saya berani dan bersedia untuk meluahkan impian.Umie meluahkan hasrat berlakon dengan Christine. "Impian saya sebagai pelakon adalah untuk bergandingan dengan Christine. Semoga ada rezeki," katanya.Umie berkongsi perkara tersebut menerusi Instagram miliknya berserta video pertemuannya dengan pelakon berkenaan di Jakarta, Indonesia.Kedua-dua pelakon itu saling berpelukan, sekali gus menunjukkan keakraban hubungan antara mereka.ARTIKEL BERKAITAN: Dakapan Umie Aida pada Zizi Kirana penuh makna, undang sebak netizen...Status Zizi dan Yusuf Bahrin masih undang tanda tanya ARTIKEL BERKAITAN: Umie Aida didenda RM1,000, gara-gara bawa sebiji epal ke New ZealandDalam masa sama, Umie turut menyifatkan Christine sebagai seorang pelakon berpengalaman yang tidak lokek berkongsi ilmu."Setiap kali bertemu, pasti banyak ilmu lakonan yang dikongsikan," luahnya.Biarpun tidak memberikan sebarang maklumat terperinci, peminat mula menjangkakan Umie dan Christine bakal bergandingan dalam sebuah drama atau filem.Tambahan pula, dalam hantaran tersebut, Umie turut meletakkan nama kakaknya iaitu pengarah dan penerbit, Erma Fatima, selain platform penstriman Viu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!